Wednesday, February 29, 2012

TTS VVIP : Kunjungan Hormat ARC Selangor Bersama YB Dr Yunus

Assalamualaikum W.B.T 
Sahabat-sahabat ARC Selangor

Alhamdulillah Hari ini , jam 6 Petang seramai 14 Orang Officer ARC Selangor telahpun mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yb Dr Yunus Exco Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Pelbagai Perkara yang dibincangkan  dan kami berasa terharu diatas sifat YB yang merendah diri dan sudi berkongsi-kongsi pandangan dalam usaha memartabatkan belia di Negeri Selangor ini 

Diantara Perkara yang dapat dikongsi bersama ialah peranan ARC yang komited untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor menangani gejala Rempit yang dipandang negatif di khalyak masyarakat

Dengan usaha ARC Selangor melaksanakan Pilot Projek iaitu penganjuran ARC Track Day yang akan berlansung pada 4 March ini memberikan semangat baru kepada Mat-mat motor untuk sesah lutut di tempat yang betul!

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB yang prihatin akan maslahat belia Negeri Selangor , Semoga Kerjasama Kerajaan Negeri Di bawah Portfolio Belia ini berpanjangan hendaknya.

















1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails