Friday, January 27, 2012

Tahniah! Retreat ARC Selangor 2012


Tahniah! kepada Officer ( Pegawai / Kepimpinan ARC Selangor ) setelah berjaya di dalam program 2 hari Retreat Kempimpinan ARC Selangor (ARC Selangor Officer Retreat) yang diadakan di Resort Ibunda Puan Ainon Mohd ( Presiden Universiti Terbuka PTS) dan Ayahanda Proffessor Emiritius Abdullah ( Ex-DBP)

Retreat (hanya Kepimpinan sahaja yang terlibat) ini adalah yang pertama sekali diadakan sejak ARC Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007 , mengalami zaman kejatuhan.pada tahun 2008-2009 dan bangkit semula pada tahun 2010 , kemuncaknya ARC Selangor kembali Aktif dan mencatatkan pencapaian terbaik pada tahun 2011 , pada tahun 2011 ARC Selangor berjaya mencatatkan hampir 1,000 pendaftaran yang aktif , menubuhkan 11 cawangan baru , mengadakan Aktiviti 3 kali sebulan dan banyak mendapat jemputan mengadakan "safety riding" di sekolah,masjid dan institusi swasta.

Tahun 2012 , menyaksikan ARC Selangor memperkukuhkan organisasinya dengan menaiktaraf  kepada Organisasi Korporat dan menubuhkan ketua-ketua unit (Officer) yang pakar dalam bidang masing-masing

Retreat 2012 ini adalah untuk mencipta pelan perancangan, strategi dan takwim ARC Selangor sepanjang tahun.

Suasana yang meriah dalam kesederhanaan berjaya merapatkan lagi ukhwah sesama kepimpinan walaupun pelbagai ujian dan halangan yang melanda diantaranya ;

~ Bro Suhaimi yang sepatutnya bersama dengan konvoi kumpulan pertama mengalami kerosakan Filter ( SYM Scooter) pada malam sabtu 20.01.12 , keesokan paginya telah pun dibaiki , tetapi rosak semula ketika dalam perjalanan di Tol Lembah Pantai 

Bro Suhaimi - hadapan  ( Penolong Pengurus 1 ARC Selangor ) semasa menuruni gunung jerai sempena Jambori ARC Kebangsaan kali ke-2 baru-baru ini.

Terima kasih kepada Bro Faiz (Klang) , Bro Hamdan ( Sebak Bernam)  & Bro Farid ( PJS) yang datang membantu Operate Scooter Bro Suhaimi sehingga beliau selamat sampai di tapak retreat pada jam 6.00 petang.

Retreat ARC dimulakan dengan perjalanan Konvoi dari Petronas arah UIA Gombak , RV ( Rest Point) yang sepatutnya pada jam 9.00 malam dan dijangka bertolak pada jam 9.30 terpaksa ditunda dan bergerak pada jam 11.30 malam kerana cuaca hujan dan jalan penuh sesak di lembah Klang ( Cuti Umum hari raya cina & Sekatan JPJ di banyak Lokasi) , Namun Pelepasan Konvoi berjaya disempurnakan oleh Bro A.Halim ( Ketua Pengarah DACS Malaysia)


Konvoi Officer akhirnya tiba di lokasi retreat dan semuanya rehat setelah penat menempuh perjalanan ( penat menunggu) hahaha!

Tahniah ARC Gombak!



Minggu lalu, pada 24 Disember 2011, sekumpulan anak muda sekitar Gombak bersama Alternative Riding Club (ARC) Gombak dan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) berkonvoi ke Sungai Gabai, Hulu Langat.

Dengan jumlah seramai kira-kira 50 anak muda bermotosikal, berkumpul di perkarangan letak kereta Greenwood seawal jam 8 pagi sebelum upacara pelepasan konvoi diisempurnkan oleh Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir, dengan bacaan doa daripada beliau.
Perarakan konvoi diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Gombak sendiri, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim, diikuti dengan 35 buah motosikal dan 3 kereta ke tapak perkelahan Sungai Gabai, Hulu Langat.
Konvoi mengambil masa kira-kira 3 jam mengelilingi Gombak sebelum tiba di tapak perkelahan. Di pertengahan konvoi, para peserta sempat bersolat sunat dhuha sebagai memenuhi tuntutan roh agar perjalanan konvoi dilindungi Allah pergi dan balik.


Monday, January 23, 2012

Ana Rempit Jugak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails