Friday, January 27, 2012

Tahniah ARC Gombak!



Minggu lalu, pada 24 Disember 2011, sekumpulan anak muda sekitar Gombak bersama Alternative Riding Club (ARC) Gombak dan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) berkonvoi ke Sungai Gabai, Hulu Langat.

Dengan jumlah seramai kira-kira 50 anak muda bermotosikal, berkumpul di perkarangan letak kereta Greenwood seawal jam 8 pagi sebelum upacara pelepasan konvoi diisempurnkan oleh Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir, dengan bacaan doa daripada beliau.
Perarakan konvoi diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Gombak sendiri, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim, diikuti dengan 35 buah motosikal dan 3 kereta ke tapak perkelahan Sungai Gabai, Hulu Langat.
Konvoi mengambil masa kira-kira 3 jam mengelilingi Gombak sebelum tiba di tapak perkelahan. Di pertengahan konvoi, para peserta sempat bersolat sunat dhuha sebagai memenuhi tuntutan roh agar perjalanan konvoi dilindungi Allah pergi dan balik.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails