Showing posts with label ARC Track Mania. Show all posts
Showing posts with label ARC Track Mania. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Sejarah Melupuskan Track Batu 3 kini diulang Tayang!


KAMI DIISKRIMINASI OLEH SISTEM KAPITALIS TAMAK! 


Pak Polisi, kami just nak bagitahu supaya tambah2lah anggota bertugas untuk malam Jumaat dan malam Sabtu/Minggu start dari April sampai hujung tahun.



Selalunya tiap2 tahun kami akan race di Sepang dalam Bikerz Cup (250cc below) dalam Malaysian Super Series (MSS). Tapi untuk tahun ni, CEO Sepang Circuit yang amat angkuh telah menamatkan race kami yang sudah lebih 5 tahun berjalan. Organiser kami, Encik Abol Ismail yang telah banyak menganjur dan mengumpul racer2 motor kecik ni dah diharamkan dari menghampiri SIC. Alasannya kerana dikatakan jadi ‘ulat tiket’ untuk MotoGP 2011. Alasan yang tak masuk akal langsung. Polis kat trek pun lepaskan dia waktu kejadian tanpa keraguan.


Kami racer2 motor kecik (kapcai/RXZ/Kips/NSR/LC etc) takde alternative lain selain berlumba dijalanraya. CEO SIC, Razlan ‘Pineapple Concert’ Razali ni memang takde hati perut. Motor kami dah diubahsuai untuk lumba di trek bukan di jalanraya. Dah beribu ringgit juga dihabiskan untuk motor supaya mendapat keputusan yang baik dalam perlumbaan. Semua ini di buat atas dasar cintakan ‘motorsports’. Mungkin juga kerana kami rakyat bawahan yang miskin dan tak mampu untuk membeli motor besar yang harganya melebihi sebuah kereta, kami di anak tirikan. Race yang melibatkan 600cc keatas masih boleh berjalan seperti biasa.

Selalunya race kami bermula pada April/May tapi malangnya tahun ini kami terpaksa race di jalanraya. Sepang Circuit hanya untuk orang kaya sahaja.

Oleh itu, sekali lagi pesanan untuk PDRM ‘See You On The Road!!!’

Ikhlas daripada,
RACERS for BIKERZ MAGAZINE CUP



Wednesday, March 21, 2012

Hadiah Penghargaan Untuk semua ARC Fans!


400 PENDAFTARAN AWAL AKAN DAPAT SERVICE MOTOR MINYAK 4T PERCUMA!!! ~ CABUTAN BERTUAH SEBIJI MOTOR & IPAD

Monday, March 19, 2012

ARC Track Day!

Tuesday, March 6, 2012

ARC Track Day~Elite Speedway Circuit, Selangor, Malaysia - Category 4 st...

Laporan Penuh ARC Track Day





Tahniah! ARC Selangor telahpun berjaya menganjurkan ARC Track Day pada 4 March 2012 bertempat di Litar  Speedway  PLUS , Ellite  USJ , Subang Jaya .Penganjuran kali pertama ARC Selangor ini bermatlamatkan konsep " Rider Component  Test " iaitu untuk menguji skill dan enjin penunggang motosikal.


Seramai 48 Orang peserta yang menghadiri program ini dan rata-rata mereka adalah orang yang baru untuk mencuba menguji jentera masing-masing melalui litar yang sah.




ARC Selangor tidak menjangka penganjuran pertama ini mendapat sambutan menggalakkan , Tahniah kepada ARC Sepang , ARC Pandan , ARC Petaling Jaya Selatan , ARC Melaka , ARC Klang dan kelab-kelab motor yang bernaung di bawah nama bengkel-bengkel motosikal di seluruh negeri Selangor yang sudi menyertai ARC Track Day.


Satu perkara yang unik ialah peserta yang paling muda ialah adik Umar  yang berumur 11 tahun!


Seorang lagi peserta cilik berumur 14 Tahun dari ARC Petaling Jaya Selatan




Sebelum ini banyak rungutan yang diterima daripada penunggang motosikal yang berminat nntuk menguji jentera masing-masing tetapi tidak ada institusi yang boleh menyediakan kemudahan asas untuk mereka , akhirnya mereka digelarkan sebagai Mat Rempit! 




Sejarah tidak boleh dilupakan apabila Pada tahun 2003 kerajaan negeri Selangor pimpinan Khir Toyo telah menjual tapak Litar Batu Tiga kepada pemaju perumahan; seterusnya, litar tersebut dirobohkan dan dibangunkan semula dengan projek perumahan D'Kayangan.Selepas itu timbullah satu golongan yang digelar sebagai Mat Rempit oleh masyarakat berikutan kebanjiran mereka memenuhi ruang jalanraya untuk berlumba secara haram!




ARC Selangor bukanlah penyelamat kepada golongan Mat Rempit sebaliknya kami cuba sedaya upaya dengan peluang dan ruang bersama Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini yang lebih terbuka dan memberikan sokongan kepada ARC Selangor untuk menganjurkan " Rider Compenent Test" supaya mereka ini ( Mat Rempit) boleh menguji jentera mereka diatas litar yang sah.




ARC Selangor dengan Motto " Ride For Charity" mengambil cakna hal kebajikan pennggang motosikal terutamanya ahli-ahli yang berdaftar akhirnya mengambil keptusan menganjurkan ARC Track Day.








ARC Track Day menyediakan " Rider Compenent Test" untuk beberapa kategori motosikal diantaranya ialah 




1. 130cc 4T Motor Cub = STANDARD MODIFIED.
2. 150cc 4T Motor Cub & Motor Production = STANDARD MODIFIED.
3. 150cc 2T Motor Cub & Motor Production = STANDARD MODIFIED.
4. OPEN 4T vs 2T = FULL MODIFIED.


Bagi semua kategori tersebut Hanya untuk semua jenis model motorsikal 150cc ke bawah sahaja dibenarkan.


Program dimulakan agak lewat dari perancangan asal disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh peserta dan penganjur , walaubagaimanapun program berjaya dimulakan pada jam 11.00 tengahari pada hari tersebut , bagi kategori pertama. ARC Track Day memberikan penghormatan kepada Penaung ARC Malaysia iaitu Ustaz Nasrudin Tantawi ntuk melepaskan para peserta.




Beliau banyak memberikan dorongan dan khidmat nasihat kepada ARC , malahan ARC Track Day adalah idea beliau sendiri dan kami ARC Selangor telahpun berjaya merealisasikan hasrat murni beliau yang amat cakna akan kebajikan penunggang motosikal masakini.


Cuaca yang cerah dan baik memberikan kelebihan kepada para peserta untuk menguji jentera masing-masing dalam keadaan yang selesa , walaupun rata-rata peserta masih baru malah ramai yang kali pertama berpeluang menguji jentera masing-masing di dalam litar , dalam keadaan ini penganjur melihat mereka sememangnya berbakat dan jika diberi banyak peluang mereka mampu untuk bergerak ke arah yang lebih professional














Selain fokus kepada peserta , ARC Selangor telah membuka ruang kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam pengurusan Track dimana seramai 35 orang anak muda yang baru ingin mencuba sebagai " Crew " dilatih oleh 10 orang ahli ARC Selangor untuk menjayakan program kali ini.




Walaupun masih baru bertatih, mereka amat bersemangat dan mempunyai minat ingin belajar dengan lebih mendalam lagi , penganjur merasakan sudah tiba masanya anak-anak muda ini dilatih secara professional agar mereka mempunyai kemahiran yang boleh menjana pendapatan meraka dimasa-masa akan datang.


Kehadiran Penaung ARC Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut , walaupun agak terlewat namun penganjur berasa amat berbesar hati diatas kesudian beliau dan sebagai satu penghargaan , beliau dijemput untuk melepaskan peserta bagi kategori seterusnya.






Sebelum itu , Program dihentikan sementara ntuk meberi laluan kepada waktu solat zohor , dimana penganjur telah menetapkan agar diwujudkan "Solat Break" , Penganjur sendiri menyediakan tempat untuk bersolat di tepi track dan bersolat beramai-ramai , azan telah diperdengarkan untuk kali pertama di track tersebut.Penganjur berasa terharu apabila dimaklumkan inilah kali pertama penganjuran yang ada solat break!


Kehadiran Saudara Yaser yang merupakan Presiden ARC Malaysia selepas solat zohor memberikan suntikan semangat kepada peserta , memandangkan saudara Mohd Yasir Said Yaser adalah orang lama dalam bidang sukan Permotoran  belia merupakan  bekas juara Cup Prix Marlboro bagi dua tahun berturut-turut. 

Presiden ARC Malaysia ini merupakan pengasas kepada titik tolak penubuhan ARC Malaysia pada Tahn 2007 , Beliau memainkan peranan penting dalam usaha menggerakkan ARC dan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk demi membimbing anak-anak muda agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat seterusnya menjadikan ARC sebagai medium terbaik mereka mengembengkan bakat.

Program diteruskan sehingga petang dan untuk sesi yang terakhir , penganjur dikejutkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam , YB Khalid Samad dan ADUN Batu 3 YB Rodziah Ismail yang sudi hadir pada hari tersebut.Penganjr berasa terharu dan dihargai apabila mereka sudi hadir malah persepsi yang mengatakan mereka ini tidak cakna akan masalah anak-anak muda bermotosikal terhapus sama sekali!

YB Khalid Samad diberikan peluang untuk melepaskan peserta kategori terakhir dan beliau juga berasa teruja akan penganjuran kali pertama ini.Alhamdulillah beliau memberikan komitmen ntuk membantu penganjur untuk program yang akan datang.

Program di litar tamat pada jam 6.00 petang dan upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Khalid Samad , YB Rodziah Ismail diiringi oleh Saudara Mohd Yasir Said Presiden ARC Malaysia.


Selepas Program tamat , Artis otai rock yang tiba sejak tengahari untuk meraikan program diminta oleh peminat-peminat beliau untuk mempersembahkan lagu-lagu bagi meraikan mereka.Atas sikap sporting beliau , penganjur menjemput beliau ( Farezz Undertaker / Guitaris Melissa ) untuk menghiburkan peserta dan orang ramai yang hadir.


Berikut adalah senarai peserta-peserta yang memenangi Trofi ARC Track Day, penganjur menyediakan trofi , dan hadiah saguhati untuk meraikan mereka.


Kategori OPEN 2T

Pertama : MOHAMMAD KANAFI BIN KAMARUDIN
Motor No 9 :  MOHAMMAD KANAFI BIN KAMARUDIN
Umur : 25 Tahun

Kedua  :  AHMAD NIZAM BIN MOHD HASHIM
Motor No:  7 
Umur : 28 Tahun


Ketiga : JAMALUDIN ISMAIL
Motor No : 66
Umur : 41 Tahun


Keempat : MOHD HAFIZUL BIN MOHD JAAFAR
Motor No : 12
Umur : 18 Tahun


Kelima : IQBAL BIN ATAN
Motor No : 39
Umur : 25 Tahun


Kategori Open 4T


Pertama : MUHAMMAD ADIB BIN ROSLEY
Motor No : 118
Umur : 18 Tahun


Kedua : Mohd Rizal
Motor No : 72
Umur : 23 Tahun


Ketiga : MUSA ALL HAFIS BIN MOHAMED SHARIF
Motor No : 68
Umur : 28 Tahun


Keempat : Khairul Azam
Motor No : 88
Umur : 23 Tahun


Kategori 150/4T


Pertama : ZHAFIR ZARKASHA
Motor No : 17
Umur : 20 Tahun


Kedua :  ISKANDAR MAT MAT DIN
Motor No : 38
Umur : 39 Tahun


Ketiga : JAI KUMARAN MUNIYANDI
Motor No : 41
Umur : 23 Tahun


Keempat : Nor Zaman Idrus
Motor No : 16
Umur : 19 Tahun


Kelima : GLANGKEE JAMPONG
Motor No : 18
Umur : 31 Tahun


Kelima : MOHD SHAFIQ BIN ABD SAMAD
Motor No : 30
Umr 18 Tahun




Seterusnya , kami ARC Selangor selak pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada , Saudara Awi Rock sebagai Event Manager , Saudara Bro Jai Pengarah Urusan ARC Selangor , semua Kepimpinan ARC Selangor yang terlibat , Sudara Ajak Sebagai Penasihat Track Marshall , Saudara Wak sebagai Penyelaras Track , Penaung ARC Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi , Penaung ARC Selangor Merangkap Keta Pemuda PAS Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan , Presiden ARC Malaysia Saudara Yasir Said , Ketua Pengarah DACS Malaysia Saudara Halim , Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad , ADUN Batu 3 YB Rodziah Ismail , Otai Rock Saudara Fareez Undertaker , Kelab-kelab motosikal yang menyertai ARC Track Day , Sahabat-sahabat Ahli ARC seluruh Malaysia , Seluruh crew yang bertugas , Sahabat-sahabat media dan blogger Dan semua yang menjayakan ARC Trcak Day secara lansung dan tidak lansung.








Alhamdulillah , dengan berjayanya Program ARC Track Day kali ini , maka kini ARC Selangor lebih bersedia untuk menganjurkan satu Perlumbaan yang lebih Professional iaitu SMR ( Selangor Moto RACE ) pada akhir bulan 5 tahun 2012 , Jom sama-sama meraikannya!




































Thursday, February 23, 2012

Sesi Sesah Lutut ARC Selangor!


ARC TRACK DAY,.kita layan trek RACING sampai LEBAM!!! so kt sesapa yg rasa HEBAT@PAILANG boleh sesah@sailang bekas factory rider Team BP Chee Seng (Fithry Zainal), Team Petronas (Ulek Ngori) & gank2 ARC yg main sama nnt..meh r..

TARIKH : AHAD.
TARIKH : 4/3/2012.
MASA : 8.30 pg sampai 6.00ptg
VENUE : LITAR SPEEDWAY PLUS, ELLITE USJ, SUBANG.S'GOR.

YURAN@ENTRANCE FEE = RM150.00
- Automatik dpt jd member ARC.
- Dpt T-shirt ARC
- Sticker & Button Badge ARC
- Goodies
**Dh Membership ARC dpt DISKAUN 10%
**X perlu lesen Automobile Association of Malaysia (AAM) & Motorsports Association of Malaysia (MAM)., Lesen JPJ & Kopi O kompom langsung x blh pakai..

KATEGORI MOTORSIKAL:

1. 130cc 4T Motor Cub = STANDARD MODIFIED.
2. 150cc 4T Motor Cub & Motor Production = STANDARD MODIFIED.
3. 150cc 2T Motor Cub & Motor Production = STANDARD MODIFIED.
4. OPEN 4T vs 2T = SEMI & FULL MODIFIED.
**Hanya untuk semua jenis & model motorsikal 150cc ke bawah sahaja dibenarkan.

**PERATURAN & FORMAT race & motor x r strict GABAN (fleksible)..
**Penentuan petak perlumbaan SARINGAN & FINAL adalah secara cabutan undian "BOLA PING PONG" bernombor.

**
Kategori

1.130cc 4T MOTOR CUB (STANDARD MODIFIED).
2.150cc 4T MOTOR CUB & MOTOR PRODUCTION (STANDARD MODIFIED).
3.150 cc 2T MOTOR CUB & MOTOR RODUCTION (STANDARD MODIFIED.

INFO RINGKAS UBAHSUAI MOTORSIKAL:

1. CABURETOR= BEBAS.
2. MAXIMUM BORE (PISTON) = MENGIKUT CC.
Kiraan CC (BORE) MAKSIMUM sila rujuk
http://www.scooterhelp.com/tuning/defs.ccs.html
(tapi kene tau size piston dan stroke masing2 la...)
3. CYLINDER BLOCK & HEAD = BEBAS.
4. MAGNETO SYSTEM,
GEARBOX TRANSMISSION,
IGNITION,
STROKE@LEJANG.
(Mesti ASAL/ASLI seperti keluaran kilang pengeluar motorsikal).
(Kerja2 PEMESINAN dan UBAHSUAI DIBENARKAN).

5. CDI@ECU : BEBAS@OPEN.
6. BEARING INTERNAL & EXTERNAL/ENGINE CASE: BEBAS@OPEN.
7. EKZOS : BEBAS.
8. INTAKE MANIFOLD CABURATOR (4T/2T) : BEBAS@OPEN.
9. TURBO NET/CABURETOR BRACKET (2T@2 LEJANG) : BEBAS@OPEN
10. TAYAR PERLUMBAAN HUJAN : DIHARAMKAN.
11. TAYAR SLICK PERLUMBAAN : DIHARAMKAN.
12. CHASSIS/BODY WORKS : BEBAS.
13. CRANKSHAFT= BEBAS.
14. KOTAK UDARA (AIR BOX) = BEBAS.
15. VALVE@INJAP : BEBAS.
16. SISTEM SUSPENSI/SUSPENSION SYSTEM: BEBAS.
17. CAMSHAFT = BEBAS.

**
OPEN 4T/2T MOTOR CUB & MOTOR PRODUCTION.

INFO RINGKAS UBAHSUAI MOTORSIKAL:

1. CABURETOR= BEBAS.
2. MAXIMUM BORE (PISTON) = BEBAS.
3. CYLINDER BLOCK & HEAD = BEBAS.
4. MAGNETO SYSTEM = BEBAS
GEARBOX TRANSMISSION = BEBAS
IGNITION = BEBAS
STROKE@LEJANG = BEBAS.
5. CDI@ECU : BEBAS.
6. BEARING INTERNAL & EXTERNAL/ENGINE CASE: BEBAS@OPEN.
7. EKZOS : BEBAS.
8. INTAKE MANIFOLD CABURATOR (4T/2T) : BEBAS@OPEN.
9. TURBO NET/CABURETOR BRACKET (2T@2 LEJANG) : BEBAS@OPEN
10. TAYAR PERLUMBAAN HUJAN : DIHARAMKAN.
11. TAYAR SLICK PERLUMBAAN : DIHARAMKAN.
12. CHASSIS/BODY WORKS : BEBAS.
13. CRANKSHAFT= BEBAS.
14. KOTAK UDARA (AIR BOX) = BEBAS.
15. VALVE@INJAP : BEBAS.
16. SISTEM SUSPENSI/SUSPENSION SYSTEM: BEBAS.
17. CAMSHAFT = BEBAS.
18. PETROL/BAHAN API = BEBAS.

**Senang citer motor yg dh dipasang dgn major racing kits part & semua benda dh terover..


Syarat2 Keperluan Pakaian Perlumbaan@Racing Suit/Gear:

1.Full Face (WAJIB) 2.Riding Jaket (Ada Pading) 3.Hand Glove 4. High Cut Boots 5. Seluar Jean ( Ada Pading Lutut) 6. Kalo ada complete RACING SUIT GEAR lg BAGUSSS..

HADIAH.

Semua kategori :
1. PIALA ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

2. PIALA ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

3. PIALA ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

4. MEDAL ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

5. MEDAL ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES


**HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES akan dimaklumkan pada **pada hari event

TENTATIF.

AHAD 4/3/2012

0800 - 0925 - PENDAFTARAN PESERTA, SCRUTINEERING DAN PERSEDIAAN
0930 - 1000 - FREE PRACTICE/RUNING 1, 1304T
1005 - 1035 - FREE PRACTICE/RUNING 2 , 1504T
1045 - 1115 - FREE PRACTICE/RUNING 3 , 1502T
1120 - 1150 - FREE PRACTICE/RUNING 4, OPEN 2T & 4T

1200 - 1230 - PERLUMBAAN SARINGAN 130cc 4T (A)
1235 -1305 - PERLUMBAAN SARINGAN 130cc 4T (B)
1310 - 1340 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 4T (A)
1345 - 1415 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 4T (B)
1420 - 1450 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 2T (A)
1455 - 1520 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 2T (B)
1525 - 1555 - PERLUMBAAN SARINGAN OPEN 4T/2T (A)
1610 - 1630 - PERLUMBAAN SARINGAN OPEN 4T/2T (B)

1640 - 1710 - PERLUMBAAN AKHIR 130cc 4T (14 PUSINGAN)
1715 - 1745 - PERLUMBAAN AKHIR 150cc 4T (14 PUSINGAN)
1750 - 1820 - PERLUMBAAN AKHIR 150cc 2T (14 PUSINGAN)
1820 - 1840 - PERLUMBAAN AKHIR OPEN 4T/2T (14 PUSINGAN)

1845 - PENYAMPAIAN HADIAH & SIDANG AKHBAR
1930 - TAMAT & BERSURAI
** Sebarang pindaan terupdate akan diumumkan ada hari event.
Segala keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.
Sebarang BANTAHAN tidak diterima@x laku..

Fun, Joy Together With ARC TRACK DAY To "SESAH" & "BURN" The Circuit Sampai "LEBAM"!!!

Update terkini

1. http://www.facebook.com/arcselangor.dacs
2. http://arcselangor.blogspot.com/

x pon blh call@smspm@msg2 box dgn PIC event:

1. http://www.facebook.com/okrcombination (fb Eric Draven) - 0192632518
2. http://www.facebook.com/fithry.z (fb Fithry Zainal (Tiger)) - 0174298660
3. http://www.facebook.com/profile.php?id=1157127840 (fb Ulek Ngori) - 0133001791

SHAH ALAM INTERNATIONAL CIRCUIT (R.I.P.)


Credit To : Bro Ajak Musang http://ajakmotor.blogspot.com/2010/03/shah-alam-international-circuit-rip.html

SHAH ALAM INTERNATIONAL CIRCUIT (R.I.P.)

Trek Shah Alam dalam kenangan....


LITAR Batu Tiga Shah Alam tidak lagi gamat dengan deruman dan kebingitan bunyi enjin kereta dan motosikal yang menyertai perlumbaan seperti tahun 1970-an dan 80-an lalu. Kini, tempat itu bakal menjadi legenda apabila tapaknya dimajukan untuk satu projek perumahan komersial.

Apa yang jelas Litar Batu Tiga akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah bukan saja kepada pelumba yang pernah beraksi di situ tetapi ahli keluarga yang anak mereka terkorban kerana kemalangan di litar berkenaan.

Catatan sejarah hitam pada April 1977 membabitkan enam kanak-kanak terbunuh apabila pemandu kereta, Harvey Yap yang menyertai perlumbaan terbabas dan melanggar sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Malaysia.

Ia adalah nahas paling ngeri dalam sejarah lumba kereta kerana turut mencederakan 23 orang. Empat daripada kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.

Sebenarnya, kelahiran Litar Batu Tiga, sebuah litar terbaik di Asia Tenggara ketika itu adalah sebuah perjuangan panjang Kelab Sukan Motor Malaysia (MMSC). Litar itu menjadi kenyataan apabila persatuan berkenaan memohon tanah dengan kerajaan Selangor ketika Allahyarham Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor.

BEKAS litar Batu Tiga Shah Alam kini dalam proses
pembinaan projek perumahan.

Bagi memajukan bidang permotoran negara dan memenuhi minat mendalam rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya pada perlumbaan itu, kerajaan Selangor bersetuju dan mengenal pasti kawasan Sungai Renggam, Batu Tiga untuk menjadi tapak trek.

Tapak litar itu asalnya sebuah kawasan hutan dara selain ada penduduk tempatan menjalankan ternakan di situ.

Kos pembinaan litar sepanjang 3.4 kilometer itu kurang dari sejuta ringgit ketika itu tetapi kerana kehadirannya ketika minat mendalam orang ramai dalam bidang permotoran, pihak swasta turut menghulur bantuan untuk menyediakan kemudahan di litar itu.

Persatuan Perlumbaan Motor Shah Alam (Samra) yang ditubuhkan pada 1978 adalah pihak yang diberi tanggungjawab menganjur dan mempromosikan litar berkenaan. Sultan Selangor merasmikan pembukaan litar itu pada 1967 dan kejohanan pertama diadakan di situ ialah Sirkit Tuanku Abdul Rahman pada September 1967.

Pelumba dan pengurus perlumbaan dari luar negara yang meninjau pembangunan litar itu mengakui Litar Batu Tiga sebuah trek yang terbaik di Asia Tenggara dan kedua terbaik selepas Jepun di Asia. Malah ada sesetengah pemandu mengatakan litar itu antara yang terbaik di dunia.

Selain litar itu menjadi gelanggang perlumbaan motosikal dan kereta, litar itu pernah menjadi tempat perlumbaan jalan kaki bagi orang buta Malaysia.

Selepas agak lama terbiar, kedudukan litar itu tersepit. Walaupun ada pihak yang memperjuangkan ‘Selamatkan Litar Batu Tiga’ tetapi kerajaan Selangor berpendapat membiarkannya bukan suatu tindakan bijak.

Walaupun litar itu meninggalkan nostalgia tersendiri khususnya kepada mereka yang pernah beraksi di litar berkenaan, tetapi dengan pembangunan pesat di sekelilingnya, ‘tanah emas’ itu tidak boleh dibiarkan.

Tambahan pula kerajaan negeri dikatakan menanggung kerugian kira-kira RM5 juta setahun untuk penyelenggaraan dan kos lain. Jalan yang terbentang luas ialah menswastakannya.

Kumpulan Lebar Daun adalah syarikat yang akan memajukan tanah kerajaan negeri di situ. Untuk kawasan Batu Tiga, syarikat itu dikatakan akan membangunkan D’kayangan, sebuah projek pembandaran.
Bila tengok map trek ni teringat lah zaman-zaman aku mula2 pergi trek..umur berapa aku xtao.tapi masa aku sampai trek ni macam ada 1 semangat yang kuat rider2 yang nak cuba untuk menonjolkan bakat masing2 baik dalam berlumba @ modified motor.Banyak kenangan dah berlaku kat trek ni,sepatotnya trek ni dikekalkan as warisan negara.Max Biaggi menang world title pertama dia kat sini,Valentino Rossi 1st debut dia pun kat sini masa 2 bawak 125cc je.Tapi apakan daya menteri lagi berkuasa...huhu

Trek ni jugak banyak memgajar ajak motor racing berkembang dari perlumbaan cubprix ke litar,disebabkan lumba di trek lagi murah kos dari cubprix,tumpuan ajak motor racing lebih tertumpu pada trek selepas kos nak masuk cubprix makin tinggi.


Gambar ni memang exclusive posted kat blog ni je.

Gambar kat atas adalah exclusive tok pembaca blog ni sebab yang rider motor ni adalah ajak musang sendiri.Masa ni  trek baru je dibina.Tgk grand stand pun tao dah. Trek ni banyak jugak melahirkan rider2 baru trek.Rider paling aku suka adalah Arwah Arip (Al-Fatihah) sebab dia memang berani giler.Pandai baca machine.Masa zaman arwah ajak motor tumpukan pada race Suzuki Panther,setting panther ni x susah sgt sebab piston besar n cc pun dah 150.Puas hati jugak la arwah dapat buat nama dgn bawak panther.Seronok sgt setiap kali race mesti arwah ada placing kalo dia x jatuh atau motor rosak.

Arwah Arip n Jebon (Pole position masa ni)

Zaman ni arwah arip kira 1 batch dgn Sariman,Wong Wai Teng,Bo,Mi mata satu,Shahrul yuzy.Seingat aku masa ni memang fight2 Sariman dgn Yuzy.Masing2 bawak RXZ,tiap2 kali race mesti nama dorang je naik podium.(Aku mintak maaf la if ada nama tak disebut) Masa ni banyak rider2 baru naik,aku suka sgt macam seorg yang di gelar "mat rempit" turun berhabis duit & mencurahkan segala keringat n masa n duit tok dapatkan tempat dan nama dalam race kat sini.Aku rasa trek ni diroboh memang sgt2 x patutlah,kalo trek ni ada n digunakan sebaik mungkin ditambah pengurusan yang cekap,banyak event2 n benda boleh dibuat.Aku memang betul2 frust trek ni dirobohkan.Golongan kelas pertengahan n pendapatan rendah pun bole guna trek ni kalo dgn nak lepas gian.
Berbalik pada zaman Trek Shah Alam ni,lepas zaman arwah arip,Ajak Motor banyak bertukar rider lepas 2.Tp xda yang betul2 boleh buat nama n placing.Aku sendiri dah x berapa ingat sapa rider lepas 2.Tapi lepas x bertukar-tukar rider.Ajak Motor Racing dah jumpa sorang rider yang betul2 dedikasi untuk berlumba.Kami gelar di Putong.(Akan di cerita di post seterusnya)
Apa2 pun aku nak luahkan rasa x puas ati n harap sgt menteri besar lepas pilihan raya setrusnya ni akan binakan sebuah trek yang x berapa besar or hampir sama mcm shah alam yg x berapa jauh dr KL bg menarik minat pelumba2 yang kelas bawahan boleh berlumba n dpt kurangkan isu mat rempit.Isu ni bole diselesaikan kalau ada 1 tempat "one stop centre" untuk mereka tunjuk bakat dgn harga yang x mahal n jauh mcm sepang.2la harapan aku semoga TREK SHAH ALAM YANG "BARU" AKAN DIBINA..(aku akan buat group untuk kita sama2 sokong n kita mintak PM kita pertimbangkan,aku yakin golongan muda mesti suka!!!!
Gambar2 kenangan Trek Shah Alam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails