Saturday, November 13, 2010

Al Fatihah untuk as syahid firdaus ibrahim...

salam....

berita mengejutkan.... pada pagi 14.11.2010 bertempat di lebuhraya saga susur ke kajang satu kejadian kemalangan motor yang telah meragut nyawa saudara firdaus (ketua arc selangor).. almarhum dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai program Generasi idaman selangor GEMS satu hari suntuk di hulu langat batu 14. almarhum lead slot safety riding arc pada sebelah petang nya.

almarhum menunggang motor lc 135 bersama anak nya, Alhamdulillah anaknya selamat dan sekarang berada di hospital kajang. jenazah telah dibawa ke hospital serdang, bedah siasat, mandi, kafan dan solat di hospital berkenaan juga.

atas permintaan ibu bapa almarhum, jenazah dibawa terus ke penang untuk di semadikan....

kepada semua ahli arc seluruh malaysia, doakan lah semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan para syuhada. minta ampun kan segala kesalahan jika ada dan halal kan segala hutang atau sebagainya jika ada.

dacs selangor telah kehilangan seorang yang sangat komited dan ikhlas dalam menjayakan program2 permotoran dan menjadi cita-cita almarhum untuk menaikkan nama arc selangor tetapi Allah lebih menyayangi beliau !!!

semoga keluarga almarhum sabar atas ujian ini..

hidup mulia atau mati sebagai syuhada.

Al Fatihah.

Friday, November 12, 2010

Jom konvoi ke "Karnival ARC Hulu Langat !! "

Jom konvoi!

Pada: 13 November 2010 (Sabtu)
Berkumpul di Tol Batu 9 (menghala ke Kajang) pada jam 2.00 Petang.
Menuju ke tapak karnival di
Padang Awam Batu 14 Hulu Langat..

Aktiviti yang dijalankan:
  • Safety riding show.
  • Autoshow (standard motor open).
  • Tukar minyak hitam secara PERCUMA!!!
Yuran penyertaan adalah PERCUMA!!

Hadiah menarik menanti anda!Kepada ahli2 ARC dijemput sertai!
Saudara Yasir Said turut hadir!

Maklumat lanjut sila hubungi : 013 4221246 (Firdaus)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails