Wednesday, February 29, 2012

TTS VVIP : Kunjungan Hormat ARC Selangor Bersama YB Dr Yunus

Assalamualaikum W.B.T 
Sahabat-sahabat ARC Selangor

Alhamdulillah Hari ini , jam 6 Petang seramai 14 Orang Officer ARC Selangor telahpun mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yb Dr Yunus Exco Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Pelbagai Perkara yang dibincangkan  dan kami berasa terharu diatas sifat YB yang merendah diri dan sudi berkongsi-kongsi pandangan dalam usaha memartabatkan belia di Negeri Selangor ini 

Diantara Perkara yang dapat dikongsi bersama ialah peranan ARC yang komited untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor menangani gejala Rempit yang dipandang negatif di khalyak masyarakat

Dengan usaha ARC Selangor melaksanakan Pilot Projek iaitu penganjuran ARC Track Day yang akan berlansung pada 4 March ini memberikan semangat baru kepada Mat-mat motor untuk sesah lutut di tempat yang betul!

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB yang prihatin akan maslahat belia Negeri Selangor , Semoga Kerjasama Kerajaan Negeri Di bawah Portfolio Belia ini berpanjangan hendaknya.

















Wifi Percuma Seluruh Negeri Selangor Kini Jadi Realiti!


Perasan tak, tiang yang didirikan d belakang, yg memancarkan wifi percuma kpd rakyat? Sama tak tiang telco yg biasa anda lihat ?? Inilah istimewanya SPINS wifinpercuma selangor

Perasmian Wifi Percuma Oleh Menteri Besar Selangor di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor.

Di Majlis Perasmian SPINS ( Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor ) Sempena pelancaran Wifi Percuma oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim di Dewan Serbaguna Pjs 2c/6.
Sebagai pembuka majlis, ucapan alu-aluan oleh Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya,  Dato’ Roslan B. Sakiman telah menyampaikan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor diatas usaha mewujudkan WIFI secara percuma di Taman Medan.
Yb. Puan Rodziah Ismail selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah memberi ucapan beliau. Dalam ucapan beliau, usaha mengembangkan lagi penerimaan Wifi percuma ini keseluruh negeri Selangor. Selain itu, sistem keselamatan cctv juga akan disediakan.
Beliau juga melahirkan harapan, kemudahan ini dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya.
Perasmian oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’Menteri Besar.
Dalam ucapan perasmian tersebut, Dato’ Menteri Besar menyatakan harapan beliau agar rakyat dapat memanafaatkan keseluruhan sistem Wifi ini. Dengan ini, segala urusan dapat dipermudahkan dengan cepat. Teknologi ini bukan saja dpt memberi kemudahan kepada orang ramai menerima maklumat malahan orang ramai dapat melakukan kerja-kerja harian lebih cepat dan pantas.
Turut hadir didalam majlis perasmian tersebut, Ahli Parlimen Yb, Hee Loy Sian dan Yb. Sivarasa Rasiah. Yb. Puan Hanizah Mohd Talha Adun Taman Medan serta Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga warga kerja Mbpj yang bertungkus-lumus menyediakan persiapan program.
Orang ramai yang hadir didalam majlis perasmian itu, merasa bertuah kerana Taman Medan menjadi perintis kepada penyediaan Wifi keseluruh negeri Selangor.

Sunday, February 26, 2012

Konsert Otai Rock Bersama ARC


Tahniah Pelancaran ARC Sepang















ARC Bersama Accoustic Battle Shah Alam














Thursday, February 23, 2012

Sesi Sesah Lutut ARC Selangor!


ARC TRACK DAY,.kita layan trek RACING sampai LEBAM!!! so kt sesapa yg rasa HEBAT@PAILANG boleh sesah@sailang bekas factory rider Team BP Chee Seng (Fithry Zainal), Team Petronas (Ulek Ngori) & gank2 ARC yg main sama nnt..meh r..

TARIKH : AHAD.
TARIKH : 4/3/2012.
MASA : 8.30 pg sampai 6.00ptg
VENUE : LITAR SPEEDWAY PLUS, ELLITE USJ, SUBANG.S'GOR.

YURAN@ENTRANCE FEE = RM150.00
- Automatik dpt jd member ARC.
- Dpt T-shirt ARC
- Sticker & Button Badge ARC
- Goodies
**Dh Membership ARC dpt DISKAUN 10%
**X perlu lesen Automobile Association of Malaysia (AAM) & Motorsports Association of Malaysia (MAM)., Lesen JPJ & Kopi O kompom langsung x blh pakai..

KATEGORI MOTORSIKAL:

1. 130cc 4T Motor Cub = STANDARD MODIFIED.
2. 150cc 4T Motor Cub & Motor Production = STANDARD MODIFIED.
3. 150cc 2T Motor Cub & Motor Production = STANDARD MODIFIED.
4. OPEN 4T vs 2T = SEMI & FULL MODIFIED.
**Hanya untuk semua jenis & model motorsikal 150cc ke bawah sahaja dibenarkan.

**PERATURAN & FORMAT race & motor x r strict GABAN (fleksible)..
**Penentuan petak perlumbaan SARINGAN & FINAL adalah secara cabutan undian "BOLA PING PONG" bernombor.

**
Kategori

1.130cc 4T MOTOR CUB (STANDARD MODIFIED).
2.150cc 4T MOTOR CUB & MOTOR PRODUCTION (STANDARD MODIFIED).
3.150 cc 2T MOTOR CUB & MOTOR RODUCTION (STANDARD MODIFIED.

INFO RINGKAS UBAHSUAI MOTORSIKAL:

1. CABURETOR= BEBAS.
2. MAXIMUM BORE (PISTON) = MENGIKUT CC.
Kiraan CC (BORE) MAKSIMUM sila rujuk
http://www.scooterhelp.com/tuning/defs.ccs.html
(tapi kene tau size piston dan stroke masing2 la...)
3. CYLINDER BLOCK & HEAD = BEBAS.
4. MAGNETO SYSTEM,
GEARBOX TRANSMISSION,
IGNITION,
STROKE@LEJANG.
(Mesti ASAL/ASLI seperti keluaran kilang pengeluar motorsikal).
(Kerja2 PEMESINAN dan UBAHSUAI DIBENARKAN).

5. CDI@ECU : BEBAS@OPEN.
6. BEARING INTERNAL & EXTERNAL/ENGINE CASE: BEBAS@OPEN.
7. EKZOS : BEBAS.
8. INTAKE MANIFOLD CABURATOR (4T/2T) : BEBAS@OPEN.
9. TURBO NET/CABURETOR BRACKET (2T@2 LEJANG) : BEBAS@OPEN
10. TAYAR PERLUMBAAN HUJAN : DIHARAMKAN.
11. TAYAR SLICK PERLUMBAAN : DIHARAMKAN.
12. CHASSIS/BODY WORKS : BEBAS.
13. CRANKSHAFT= BEBAS.
14. KOTAK UDARA (AIR BOX) = BEBAS.
15. VALVE@INJAP : BEBAS.
16. SISTEM SUSPENSI/SUSPENSION SYSTEM: BEBAS.
17. CAMSHAFT = BEBAS.

**
OPEN 4T/2T MOTOR CUB & MOTOR PRODUCTION.

INFO RINGKAS UBAHSUAI MOTORSIKAL:

1. CABURETOR= BEBAS.
2. MAXIMUM BORE (PISTON) = BEBAS.
3. CYLINDER BLOCK & HEAD = BEBAS.
4. MAGNETO SYSTEM = BEBAS
GEARBOX TRANSMISSION = BEBAS
IGNITION = BEBAS
STROKE@LEJANG = BEBAS.
5. CDI@ECU : BEBAS.
6. BEARING INTERNAL & EXTERNAL/ENGINE CASE: BEBAS@OPEN.
7. EKZOS : BEBAS.
8. INTAKE MANIFOLD CABURATOR (4T/2T) : BEBAS@OPEN.
9. TURBO NET/CABURETOR BRACKET (2T@2 LEJANG) : BEBAS@OPEN
10. TAYAR PERLUMBAAN HUJAN : DIHARAMKAN.
11. TAYAR SLICK PERLUMBAAN : DIHARAMKAN.
12. CHASSIS/BODY WORKS : BEBAS.
13. CRANKSHAFT= BEBAS.
14. KOTAK UDARA (AIR BOX) = BEBAS.
15. VALVE@INJAP : BEBAS.
16. SISTEM SUSPENSI/SUSPENSION SYSTEM: BEBAS.
17. CAMSHAFT = BEBAS.
18. PETROL/BAHAN API = BEBAS.

**Senang citer motor yg dh dipasang dgn major racing kits part & semua benda dh terover..


Syarat2 Keperluan Pakaian Perlumbaan@Racing Suit/Gear:

1.Full Face (WAJIB) 2.Riding Jaket (Ada Pading) 3.Hand Glove 4. High Cut Boots 5. Seluar Jean ( Ada Pading Lutut) 6. Kalo ada complete RACING SUIT GEAR lg BAGUSSS..

HADIAH.

Semua kategori :
1. PIALA ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

2. PIALA ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

3. PIALA ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

4. MEDAL ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES

5. MEDAL ARC TRACK DAY +
---HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES


**HADIAH MISTERI@ehem2@SUPPRISE + GOODIES akan dimaklumkan pada **pada hari event

TENTATIF.

AHAD 4/3/2012

0800 - 0925 - PENDAFTARAN PESERTA, SCRUTINEERING DAN PERSEDIAAN
0930 - 1000 - FREE PRACTICE/RUNING 1, 1304T
1005 - 1035 - FREE PRACTICE/RUNING 2 , 1504T
1045 - 1115 - FREE PRACTICE/RUNING 3 , 1502T
1120 - 1150 - FREE PRACTICE/RUNING 4, OPEN 2T & 4T

1200 - 1230 - PERLUMBAAN SARINGAN 130cc 4T (A)
1235 -1305 - PERLUMBAAN SARINGAN 130cc 4T (B)
1310 - 1340 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 4T (A)
1345 - 1415 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 4T (B)
1420 - 1450 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 2T (A)
1455 - 1520 - PERLUMBAAN SARINGAN 150cc 2T (B)
1525 - 1555 - PERLUMBAAN SARINGAN OPEN 4T/2T (A)
1610 - 1630 - PERLUMBAAN SARINGAN OPEN 4T/2T (B)

1640 - 1710 - PERLUMBAAN AKHIR 130cc 4T (14 PUSINGAN)
1715 - 1745 - PERLUMBAAN AKHIR 150cc 4T (14 PUSINGAN)
1750 - 1820 - PERLUMBAAN AKHIR 150cc 2T (14 PUSINGAN)
1820 - 1840 - PERLUMBAAN AKHIR OPEN 4T/2T (14 PUSINGAN)

1845 - PENYAMPAIAN HADIAH & SIDANG AKHBAR
1930 - TAMAT & BERSURAI
** Sebarang pindaan terupdate akan diumumkan ada hari event.
Segala keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.
Sebarang BANTAHAN tidak diterima@x laku..

Fun, Joy Together With ARC TRACK DAY To "SESAH" & "BURN" The Circuit Sampai "LEBAM"!!!

Update terkini

1. http://www.facebook.com/arcselangor.dacs
2. http://arcselangor.blogspot.com/

x pon blh call@smspm@msg2 box dgn PIC event:

1. http://www.facebook.com/okrcombination (fb Eric Draven) - 0192632518
2. http://www.facebook.com/fithry.z (fb Fithry Zainal (Tiger)) - 0174298660
3. http://www.facebook.com/profile.php?id=1157127840 (fb Ulek Ngori) - 0133001791

SHAH ALAM INTERNATIONAL CIRCUIT (R.I.P.)


Credit To : Bro Ajak Musang http://ajakmotor.blogspot.com/2010/03/shah-alam-international-circuit-rip.html

SHAH ALAM INTERNATIONAL CIRCUIT (R.I.P.)

Trek Shah Alam dalam kenangan....


LITAR Batu Tiga Shah Alam tidak lagi gamat dengan deruman dan kebingitan bunyi enjin kereta dan motosikal yang menyertai perlumbaan seperti tahun 1970-an dan 80-an lalu. Kini, tempat itu bakal menjadi legenda apabila tapaknya dimajukan untuk satu projek perumahan komersial.

Apa yang jelas Litar Batu Tiga akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah bukan saja kepada pelumba yang pernah beraksi di situ tetapi ahli keluarga yang anak mereka terkorban kerana kemalangan di litar berkenaan.

Catatan sejarah hitam pada April 1977 membabitkan enam kanak-kanak terbunuh apabila pemandu kereta, Harvey Yap yang menyertai perlumbaan terbabas dan melanggar sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Malaysia.

Ia adalah nahas paling ngeri dalam sejarah lumba kereta kerana turut mencederakan 23 orang. Empat daripada kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.

Sebenarnya, kelahiran Litar Batu Tiga, sebuah litar terbaik di Asia Tenggara ketika itu adalah sebuah perjuangan panjang Kelab Sukan Motor Malaysia (MMSC). Litar itu menjadi kenyataan apabila persatuan berkenaan memohon tanah dengan kerajaan Selangor ketika Allahyarham Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor.

BEKAS litar Batu Tiga Shah Alam kini dalam proses
pembinaan projek perumahan.

Bagi memajukan bidang permotoran negara dan memenuhi minat mendalam rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya pada perlumbaan itu, kerajaan Selangor bersetuju dan mengenal pasti kawasan Sungai Renggam, Batu Tiga untuk menjadi tapak trek.

Tapak litar itu asalnya sebuah kawasan hutan dara selain ada penduduk tempatan menjalankan ternakan di situ.

Kos pembinaan litar sepanjang 3.4 kilometer itu kurang dari sejuta ringgit ketika itu tetapi kerana kehadirannya ketika minat mendalam orang ramai dalam bidang permotoran, pihak swasta turut menghulur bantuan untuk menyediakan kemudahan di litar itu.

Persatuan Perlumbaan Motor Shah Alam (Samra) yang ditubuhkan pada 1978 adalah pihak yang diberi tanggungjawab menganjur dan mempromosikan litar berkenaan. Sultan Selangor merasmikan pembukaan litar itu pada 1967 dan kejohanan pertama diadakan di situ ialah Sirkit Tuanku Abdul Rahman pada September 1967.

Pelumba dan pengurus perlumbaan dari luar negara yang meninjau pembangunan litar itu mengakui Litar Batu Tiga sebuah trek yang terbaik di Asia Tenggara dan kedua terbaik selepas Jepun di Asia. Malah ada sesetengah pemandu mengatakan litar itu antara yang terbaik di dunia.

Selain litar itu menjadi gelanggang perlumbaan motosikal dan kereta, litar itu pernah menjadi tempat perlumbaan jalan kaki bagi orang buta Malaysia.

Selepas agak lama terbiar, kedudukan litar itu tersepit. Walaupun ada pihak yang memperjuangkan ‘Selamatkan Litar Batu Tiga’ tetapi kerajaan Selangor berpendapat membiarkannya bukan suatu tindakan bijak.

Walaupun litar itu meninggalkan nostalgia tersendiri khususnya kepada mereka yang pernah beraksi di litar berkenaan, tetapi dengan pembangunan pesat di sekelilingnya, ‘tanah emas’ itu tidak boleh dibiarkan.

Tambahan pula kerajaan negeri dikatakan menanggung kerugian kira-kira RM5 juta setahun untuk penyelenggaraan dan kos lain. Jalan yang terbentang luas ialah menswastakannya.

Kumpulan Lebar Daun adalah syarikat yang akan memajukan tanah kerajaan negeri di situ. Untuk kawasan Batu Tiga, syarikat itu dikatakan akan membangunkan D’kayangan, sebuah projek pembandaran.
Bila tengok map trek ni teringat lah zaman-zaman aku mula2 pergi trek..umur berapa aku xtao.tapi masa aku sampai trek ni macam ada 1 semangat yang kuat rider2 yang nak cuba untuk menonjolkan bakat masing2 baik dalam berlumba @ modified motor.Banyak kenangan dah berlaku kat trek ni,sepatotnya trek ni dikekalkan as warisan negara.Max Biaggi menang world title pertama dia kat sini,Valentino Rossi 1st debut dia pun kat sini masa 2 bawak 125cc je.Tapi apakan daya menteri lagi berkuasa...huhu

Trek ni jugak banyak memgajar ajak motor racing berkembang dari perlumbaan cubprix ke litar,disebabkan lumba di trek lagi murah kos dari cubprix,tumpuan ajak motor racing lebih tertumpu pada trek selepas kos nak masuk cubprix makin tinggi.


Gambar ni memang exclusive posted kat blog ni je.

Gambar kat atas adalah exclusive tok pembaca blog ni sebab yang rider motor ni adalah ajak musang sendiri.Masa ni  trek baru je dibina.Tgk grand stand pun tao dah. Trek ni banyak jugak melahirkan rider2 baru trek.Rider paling aku suka adalah Arwah Arip (Al-Fatihah) sebab dia memang berani giler.Pandai baca machine.Masa zaman arwah ajak motor tumpukan pada race Suzuki Panther,setting panther ni x susah sgt sebab piston besar n cc pun dah 150.Puas hati jugak la arwah dapat buat nama dgn bawak panther.Seronok sgt setiap kali race mesti arwah ada placing kalo dia x jatuh atau motor rosak.

Arwah Arip n Jebon (Pole position masa ni)

Zaman ni arwah arip kira 1 batch dgn Sariman,Wong Wai Teng,Bo,Mi mata satu,Shahrul yuzy.Seingat aku masa ni memang fight2 Sariman dgn Yuzy.Masing2 bawak RXZ,tiap2 kali race mesti nama dorang je naik podium.(Aku mintak maaf la if ada nama tak disebut) Masa ni banyak rider2 baru naik,aku suka sgt macam seorg yang di gelar "mat rempit" turun berhabis duit & mencurahkan segala keringat n masa n duit tok dapatkan tempat dan nama dalam race kat sini.Aku rasa trek ni diroboh memang sgt2 x patutlah,kalo trek ni ada n digunakan sebaik mungkin ditambah pengurusan yang cekap,banyak event2 n benda boleh dibuat.Aku memang betul2 frust trek ni dirobohkan.Golongan kelas pertengahan n pendapatan rendah pun bole guna trek ni kalo dgn nak lepas gian.
Berbalik pada zaman Trek Shah Alam ni,lepas zaman arwah arip,Ajak Motor banyak bertukar rider lepas 2.Tp xda yang betul2 boleh buat nama n placing.Aku sendiri dah x berapa ingat sapa rider lepas 2.Tapi lepas x bertukar-tukar rider.Ajak Motor Racing dah jumpa sorang rider yang betul2 dedikasi untuk berlumba.Kami gelar di Putong.(Akan di cerita di post seterusnya)
Apa2 pun aku nak luahkan rasa x puas ati n harap sgt menteri besar lepas pilihan raya setrusnya ni akan binakan sebuah trek yang x berapa besar or hampir sama mcm shah alam yg x berapa jauh dr KL bg menarik minat pelumba2 yang kelas bawahan boleh berlumba n dpt kurangkan isu mat rempit.Isu ni bole diselesaikan kalau ada 1 tempat "one stop centre" untuk mereka tunjuk bakat dgn harga yang x mahal n jauh mcm sepang.2la harapan aku semoga TREK SHAH ALAM YANG "BARU" AKAN DIBINA..(aku akan buat group untuk kita sama2 sokong n kita mintak PM kita pertimbangkan,aku yakin golongan muda mesti suka!!!!
Gambar2 kenangan Trek Shah Alam



Friday, February 17, 2012

Semarak Hijau ARC Kuala Langat






















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails