Showing posts with label SelangorNews. Show all posts
Showing posts with label SelangorNews. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Wifi Percuma Seluruh Negeri Selangor Kini Jadi Realiti!


Perasan tak, tiang yang didirikan d belakang, yg memancarkan wifi percuma kpd rakyat? Sama tak tiang telco yg biasa anda lihat ?? Inilah istimewanya SPINS wifinpercuma selangor

Perasmian Wifi Percuma Oleh Menteri Besar Selangor di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor.

Di Majlis Perasmian SPINS ( Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor ) Sempena pelancaran Wifi Percuma oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim di Dewan Serbaguna Pjs 2c/6.
Sebagai pembuka majlis, ucapan alu-aluan oleh Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya,  Dato’ Roslan B. Sakiman telah menyampaikan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor diatas usaha mewujudkan WIFI secara percuma di Taman Medan.
Yb. Puan Rodziah Ismail selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah memberi ucapan beliau. Dalam ucapan beliau, usaha mengembangkan lagi penerimaan Wifi percuma ini keseluruh negeri Selangor. Selain itu, sistem keselamatan cctv juga akan disediakan.
Beliau juga melahirkan harapan, kemudahan ini dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya.
Perasmian oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’Menteri Besar.
Dalam ucapan perasmian tersebut, Dato’ Menteri Besar menyatakan harapan beliau agar rakyat dapat memanafaatkan keseluruhan sistem Wifi ini. Dengan ini, segala urusan dapat dipermudahkan dengan cepat. Teknologi ini bukan saja dpt memberi kemudahan kepada orang ramai menerima maklumat malahan orang ramai dapat melakukan kerja-kerja harian lebih cepat dan pantas.
Turut hadir didalam majlis perasmian tersebut, Ahli Parlimen Yb, Hee Loy Sian dan Yb. Sivarasa Rasiah. Yb. Puan Hanizah Mohd Talha Adun Taman Medan serta Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga warga kerja Mbpj yang bertungkus-lumus menyediakan persiapan program.
Orang ramai yang hadir didalam majlis perasmian itu, merasa bertuah kerana Taman Medan menjadi perintis kepada penyediaan Wifi keseluruh negeri Selangor.

Saturday, October 15, 2011

DAULAT TUANKU




KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails