Sunday, July 19, 2009

Jom ke Konvoi Kembara Damai!!


































Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, aku nak promo skit program kitaorang yang akan datang..."tak kenal maka x cinta" kan, rasenyer elok la aku citer skit latar belakang Negeri Pahang ni...ok la, secara jujurnya aku copy latar belakang negeri pahang ni dari laman web rasmi Pahang, so ayat nye skema nak mampus(p/s: boleh minta komisen ni sbb promo negeri diorang..hahaha)...Pahang adalah...

Negeri yang berkeluasan 35,960 km persegi merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang mempunyai tarikan tersendiri kepada pelawat-pelawat dari dalam negara dan luar negara. Mereka menjadikan negeri Pahang sebagai destinasi utama percutian.
Sebagai destinasi pelancongan, negeri Pahang dianugerahkan gunung yang menghijau, keindahan bukit bukau, kampung nelayan yang mengkagumkan, pasir pantai yang putih dan juga tasik-tasik yang misteri dan mencabar.
Dengan populasi seramai 1 juta orang penduduk, negeri Pahang yang terletak di Pantai Timur Malaysia menawarkan destinasi pantai yang indah dan menyeronokkan seperti Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan Pantai Beserah. Di Pahang juga pelancong boleh melihat keindahan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Disamping itu, negeri Pahang turut mempunyai taman-taman hutan yang terpelihara keasliannya seperti Kenong Rimba, Endau-Rompin dan Taman Negara.
InsyAllah pada 8 da 9 hb Ogos 2009 ARC Selangor akan menganjurkan Konvoi Kembara Damai ke Kuala Gandah, Pahang...tempat2 yang akan dituju ialah Deerland Park, Elephant Conversation Center n Air Terjun Chamang...So, aku bertiga(aku,zam ngan firdaus) telah buat survey skit ke tempat2 yang menarik kat Pahang...Kitorang bermalam di rumah Zam kat Felda Lakum(top ten felda in Malaysia...bangga tu orang Lakum!). Memang sedap Ayam Panggang Santan Emak Zam(oi,kalo ade nak lagi rasenye!). Sumer fresh, udara, air, scenary, macam2 daa...

Kitaorang melawat Deerland(rujuk gambar) dan Elephant Conversation Center kat Kuala Gandah...aku gerenti syok abis!!...kat Deerland Park, ade ruse yang jinak giler, ular sawa, ayam eksortik, landak sonic(sumer jinak2 bro!)..yang paling best bole main2 ngan BERUANG bro!!...

Pastu kitorang p ke Elephant Conversation Center(Pusat Pemuliharaan Gajah)...kat situ lagi Syok!!bole main2 ngan baby gajah ngan bapak baby lagi!!

kat situ jugak ade air terjun Chamang...tinngi giler!!cantik pulak tuu...

Opss, da banyak sangat ni aku promo...tp, yang pasti banyak lagi aktiviti yang kitorang akan aturkan untuk program kali ni...rugi kalo x join bro!! aku nak korang feel sendiri!!!


Jom ke Konvoi Kembara DAMAI!!!

Saturday, July 4, 2009

Konvoi Ke Sungai Gabai





Alhamdulillah, pada 18/4/09 tepat jam 8.30 pagi, sebanyak 20 biji motor (24 orang termasuk 3 kanak2) ahli2 ARC Selangor telah join konvaoi kitaorang ni.....jam 9.20 pagi, konvoi telah dilepaskan oleh Sdr. Shamsul Bahri (Ahli Majlis Perbandaran Kajang)......walaupun konvoi ini ke Sungai Gabai tetapi sepanjang perjalanan ke sana kami ada melakukan beberapa kerja amal.......kami p Petronas dulu bagi makan kat moto2 kami(support national Petrol bai!!)

Lepas motor kami kenyang, maka kami bertolak pula ke Pasar Semenyih untuk edar risalah penerangan kerajaan negeri Selangor. Semasa kami asyik mengedar risalah, datang seorang brader berjumpa dengan sifu kami (Sdr. Hamizan) minta nombor telefon beliau......Katanya pada bulan 8 ini, dia dan rakan2nya akan meganjur satu konvoi ke Langkawi dan dia ingin menjemput kami menyertainya. InsyaALLAH, kami menunggu saat itu......

Tepat jam 10.00 pagi, kami bergerak pula ke Dewan Penghulu Mukim Semenyih untuk melakukan demo “Safety Riding” dan beberapa acara pertandingan....... Antara pengisian dalam “Safety Riding” itu ialah teknik menguna brek dengan betul (ABS), teknik mengimbang motor dalam keadaan perlahan (slownest) dan teknik penggunaan mata sewaktu menggambil selekoh (eye posture).......

Tepat pukul 11.15 tengahari, kami pun bertolak ke Sungai Gabai. Setiba kami di Pusat Rekreasi Sungai Tekala, peserta2 minta melakukan pemanduan secara bebas (check point) sehingga simpang ke Sungai Lui. Setelah mengadakan perbincagan di bawah pokok, maka penganjur membenarkan tetapi dengan beberapa perjanjian lisan. Salah satunya risiko tanggung sendiri.
Lebih kurang jam 1.15 petang, kami tiba ke Masjid Kampung Jawa secara berkonvoi untuk solat Zohor, mendengar sedikit tazkirah dan makan tengahari. Sewaktu kami sampai di masjid itu , konvoi kami disambut oleh Ketua Kampung (Kampung Jawa) iaitu Haji Ramli dan setiausahanya Haji Hussin.........Selepas solat Zohor berjemaah, maka tazkirahpun disampaikan oleh Ustaz Md Jan (wakil dari JPD Dusun Tua) sebagai santapan rohani. Setelah itu barulah kami dihidangkan nasi minyak sebagai santapan jasmani pula...........

Setelah jasmani dan rohani diisi, tepat pukul 2.45 petang kami bertolak ke Sungai Gabai. Dalam perjalanan, konvoi telah disimbah oleh hujan yang agak lebat. Memandangkan lokasi hendak dituju tidak berapa jauh, maka konvoi diteruskan juga. Lebih kurang 3.10 petang , alhamdulillah konvoi selamat tiba di Pusat Rekriasi Sungai Gabai.............Mereka belasah semacam saja walaupun kesejukkan air sungai terasa sehingga ke tulang...

Itulah sedikit sebanyak cerita aku pasal konvoi kitaorang pada ari tu...kalo korang berminat, post comment kat kitaorang, jangan lupe kasi butir2 peribadi korang!!

Salam revolusi...salam perubahan....salam ARC!!

'Islam memimpin Revolusi'

Friday, July 3, 2009

ARC Forever!!




















Sebelum korang nak tahu atau nak berminat nak join kelab ni, izinkan aku mengimbau sejarah ringkas penubuhan kelab ARC ini.

Alhamdulillah, ARC ditubuh pada tahun 2006 dan dinaugi oleh Sdr. Yasir Said. Beliau juga merupakan bekas juara “Cup Prix” tahun 1994-1996 dan pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan “Asia Road Racing” pada tahun 1997 ketegori 150cc (tempat ke 4, keseluruhan) dan tahun 2000 dalam ketegori 600cc (tempat ke 6, keseluruhan). Ahlinya setakat ini lebih kurang 2000 orang (semenanjug Malaysia sahaja). Negeri yang mempunyai ahli teramai adalah Terenganu dan Kedah. Di Selangor ARC ditubuhkan pada 25/9/2007 dan ahlinya seramai 100 orang. Moto ARC ialah “We Ride For Charity” (harap maaf kalau sama dengan moto kelab2 yang lain, ini tidak disengajakan)

Ok, sekarang korang da tau sejarah ARC ni, duk pikir ape lagi la, moh join club ni!!!

Thursday, July 2, 2009

We Riding For Charity

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails