Saturday, July 4, 2009

Konvoi Ke Sungai Gabai





Alhamdulillah, pada 18/4/09 tepat jam 8.30 pagi, sebanyak 20 biji motor (24 orang termasuk 3 kanak2) ahli2 ARC Selangor telah join konvaoi kitaorang ni.....jam 9.20 pagi, konvoi telah dilepaskan oleh Sdr. Shamsul Bahri (Ahli Majlis Perbandaran Kajang)......walaupun konvoi ini ke Sungai Gabai tetapi sepanjang perjalanan ke sana kami ada melakukan beberapa kerja amal.......kami p Petronas dulu bagi makan kat moto2 kami(support national Petrol bai!!)

Lepas motor kami kenyang, maka kami bertolak pula ke Pasar Semenyih untuk edar risalah penerangan kerajaan negeri Selangor. Semasa kami asyik mengedar risalah, datang seorang brader berjumpa dengan sifu kami (Sdr. Hamizan) minta nombor telefon beliau......Katanya pada bulan 8 ini, dia dan rakan2nya akan meganjur satu konvoi ke Langkawi dan dia ingin menjemput kami menyertainya. InsyaALLAH, kami menunggu saat itu......

Tepat jam 10.00 pagi, kami bergerak pula ke Dewan Penghulu Mukim Semenyih untuk melakukan demo “Safety Riding” dan beberapa acara pertandingan....... Antara pengisian dalam “Safety Riding” itu ialah teknik menguna brek dengan betul (ABS), teknik mengimbang motor dalam keadaan perlahan (slownest) dan teknik penggunaan mata sewaktu menggambil selekoh (eye posture).......

Tepat pukul 11.15 tengahari, kami pun bertolak ke Sungai Gabai. Setiba kami di Pusat Rekreasi Sungai Tekala, peserta2 minta melakukan pemanduan secara bebas (check point) sehingga simpang ke Sungai Lui. Setelah mengadakan perbincagan di bawah pokok, maka penganjur membenarkan tetapi dengan beberapa perjanjian lisan. Salah satunya risiko tanggung sendiri.
Lebih kurang jam 1.15 petang, kami tiba ke Masjid Kampung Jawa secara berkonvoi untuk solat Zohor, mendengar sedikit tazkirah dan makan tengahari. Sewaktu kami sampai di masjid itu , konvoi kami disambut oleh Ketua Kampung (Kampung Jawa) iaitu Haji Ramli dan setiausahanya Haji Hussin.........Selepas solat Zohor berjemaah, maka tazkirahpun disampaikan oleh Ustaz Md Jan (wakil dari JPD Dusun Tua) sebagai santapan rohani. Setelah itu barulah kami dihidangkan nasi minyak sebagai santapan jasmani pula...........

Setelah jasmani dan rohani diisi, tepat pukul 2.45 petang kami bertolak ke Sungai Gabai. Dalam perjalanan, konvoi telah disimbah oleh hujan yang agak lebat. Memandangkan lokasi hendak dituju tidak berapa jauh, maka konvoi diteruskan juga. Lebih kurang 3.10 petang , alhamdulillah konvoi selamat tiba di Pusat Rekriasi Sungai Gabai.............Mereka belasah semacam saja walaupun kesejukkan air sungai terasa sehingga ke tulang...

Itulah sedikit sebanyak cerita aku pasal konvoi kitaorang pada ari tu...kalo korang berminat, post comment kat kitaorang, jangan lupe kasi butir2 peribadi korang!!

Salam revolusi...salam perubahan....salam ARC!!

'Islam memimpin Revolusi'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails