Sunday, July 19, 2009

Jom ke Konvoi Kembara Damai!!


































Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, aku nak promo skit program kitaorang yang akan datang..."tak kenal maka x cinta" kan, rasenyer elok la aku citer skit latar belakang Negeri Pahang ni...ok la, secara jujurnya aku copy latar belakang negeri pahang ni dari laman web rasmi Pahang, so ayat nye skema nak mampus(p/s: boleh minta komisen ni sbb promo negeri diorang..hahaha)...Pahang adalah...

Negeri yang berkeluasan 35,960 km persegi merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang mempunyai tarikan tersendiri kepada pelawat-pelawat dari dalam negara dan luar negara. Mereka menjadikan negeri Pahang sebagai destinasi utama percutian.
Sebagai destinasi pelancongan, negeri Pahang dianugerahkan gunung yang menghijau, keindahan bukit bukau, kampung nelayan yang mengkagumkan, pasir pantai yang putih dan juga tasik-tasik yang misteri dan mencabar.
Dengan populasi seramai 1 juta orang penduduk, negeri Pahang yang terletak di Pantai Timur Malaysia menawarkan destinasi pantai yang indah dan menyeronokkan seperti Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan Pantai Beserah. Di Pahang juga pelancong boleh melihat keindahan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Disamping itu, negeri Pahang turut mempunyai taman-taman hutan yang terpelihara keasliannya seperti Kenong Rimba, Endau-Rompin dan Taman Negara.
InsyAllah pada 8 da 9 hb Ogos 2009 ARC Selangor akan menganjurkan Konvoi Kembara Damai ke Kuala Gandah, Pahang...tempat2 yang akan dituju ialah Deerland Park, Elephant Conversation Center n Air Terjun Chamang...So, aku bertiga(aku,zam ngan firdaus) telah buat survey skit ke tempat2 yang menarik kat Pahang...Kitorang bermalam di rumah Zam kat Felda Lakum(top ten felda in Malaysia...bangga tu orang Lakum!). Memang sedap Ayam Panggang Santan Emak Zam(oi,kalo ade nak lagi rasenye!). Sumer fresh, udara, air, scenary, macam2 daa...

Kitaorang melawat Deerland(rujuk gambar) dan Elephant Conversation Center kat Kuala Gandah...aku gerenti syok abis!!...kat Deerland Park, ade ruse yang jinak giler, ular sawa, ayam eksortik, landak sonic(sumer jinak2 bro!)..yang paling best bole main2 ngan BERUANG bro!!...

Pastu kitorang p ke Elephant Conversation Center(Pusat Pemuliharaan Gajah)...kat situ lagi Syok!!bole main2 ngan baby gajah ngan bapak baby lagi!!

kat situ jugak ade air terjun Chamang...tinngi giler!!cantik pulak tuu...

Opss, da banyak sangat ni aku promo...tp, yang pasti banyak lagi aktiviti yang kitorang akan aturkan untuk program kali ni...rugi kalo x join bro!! aku nak korang feel sendiri!!!


Jom ke Konvoi Kembara DAMAI!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails