Saturday, November 13, 2010

Al Fatihah untuk as syahid firdaus ibrahim...

salam....

berita mengejutkan.... pada pagi 14.11.2010 bertempat di lebuhraya saga susur ke kajang satu kejadian kemalangan motor yang telah meragut nyawa saudara firdaus (ketua arc selangor).. almarhum dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai program Generasi idaman selangor GEMS satu hari suntuk di hulu langat batu 14. almarhum lead slot safety riding arc pada sebelah petang nya.

almarhum menunggang motor lc 135 bersama anak nya, Alhamdulillah anaknya selamat dan sekarang berada di hospital kajang. jenazah telah dibawa ke hospital serdang, bedah siasat, mandi, kafan dan solat di hospital berkenaan juga.

atas permintaan ibu bapa almarhum, jenazah dibawa terus ke penang untuk di semadikan....

kepada semua ahli arc seluruh malaysia, doakan lah semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan para syuhada. minta ampun kan segala kesalahan jika ada dan halal kan segala hutang atau sebagainya jika ada.

dacs selangor telah kehilangan seorang yang sangat komited dan ikhlas dalam menjayakan program2 permotoran dan menjadi cita-cita almarhum untuk menaikkan nama arc selangor tetapi Allah lebih menyayangi beliau !!!

semoga keluarga almarhum sabar atas ujian ini..

hidup mulia atau mati sebagai syuhada.

Al Fatihah.

Friday, November 12, 2010

Jom konvoi ke "Karnival ARC Hulu Langat !! "

Jom konvoi!

Pada: 13 November 2010 (Sabtu)
Berkumpul di Tol Batu 9 (menghala ke Kajang) pada jam 2.00 Petang.
Menuju ke tapak karnival di
Padang Awam Batu 14 Hulu Langat..

Aktiviti yang dijalankan:
  • Safety riding show.
  • Autoshow (standard motor open).
  • Tukar minyak hitam secara PERCUMA!!!
Yuran penyertaan adalah PERCUMA!!

Hadiah menarik menanti anda!Kepada ahli2 ARC dijemput sertai!
Saudara Yasir Said turut hadir!

Maklumat lanjut sila hubungi : 013 4221246 (Firdaus)

Tuesday, September 28, 2010

arc malaysia bakal berkonvoi ke motogp sepang.

salam arc..


Alternative riding club malaysia bakal mengadakan program tahunan sempena perlumbaan motogp superbike dunia di sepang pada 10.10.2010 nanti.

semua ahli arc negeri-negeri akan berhimpun dan bermalam di masjid al azim pandan indah kuala lumpur bermula 9.10.2010- 10.10.2010. pada kali ini kawasan pandan menjadi tuan rumah menyambut kedatangan para peserta konvoi.

kepada ahli-ahli arc selangor yang berminat untuk turut serta boleh hubungi terus saudara firdaus. ( arc selangor )

harap semua berjalan dengan lancar dan kepada yang datang dari jauh tu.. hati-hati menunggang motorsikal.. jangan nak racing plak !!!!.. ok jumpa lagi nanti..

Monday, August 16, 2010

berbuka bersama arc selangor 28 ogos !!!

salam,

jom ! alternative riding club (arc) selangor bersama dengan arc/dacs pjs akan menganjurkan program buka puasa bersama.. antara tujuan program ini bakal diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli arc dan mengambil keberkatan ramadhan, moga Allah menerima amal soleh kita. InsyaAllah.


berbuka bersama ini (iftor) adalah idea atau rancangan saudara firdaus (arc selangor) bersama dengan sahabat2 daripada arc kawasan-kawasan.


pelbagai aktiviti yang gempak telah diaturkan pada hari tersebut antaranya kita adakan BBQ peh!!nyam nyam... cabutan bertuah kepada yang bertuah, daftar ahli arc percuma dan macam-macam lagi...

InsyaAllah arc selangor cuba membawa saudara yasir said ( presiden arc malaysia ) bagi memeriahkan lagi program ini. sedikit info seperti berikut :

tarikh program : 28 / 8/ 2010 ( sabtu )
bermula jam : 6 petang - malam. ( kawan2 dari luar akan berkumpul di lokasi yang di beritahu nanti untuk kita berkonvoi masuk ke tempat program bersama)
venue : petaling jaya selatan (pjs)

diharapkan program berbuka puasa bersama ini berjalan dengan jayanya dan mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya dari pihak tuan rumah...

 dan arc selangor juga mengalu alukan kepada kawan-kawan untuk memberi sumbangan RM untuk melicinkan lagi program ini. Sangat besar ganjaran pahala menanti terutamanya dibulan ramadhan yang mulia ini...sumbangan boleh di masukkan ke akaun saudara firdaus > bank islam > 07-034-02-005737-0.

sms kat dia 013 4221246 jika dah masukkan sumbangan ikhlas tuan-tuan untuk permudahkan segala urusan.semoga Allah memberkati sumbangan kalian.. terima kasih !!!

Friday, August 6, 2010

konvoi ke cub prix teluk intan pada 8.8.2010

salam semua..

alternative riding club selangor merancang untuk berkonvoi ke teluk intan. nak pi tengok perlumbaan cub prix kat sana...butiran seperti berikut:

tarikh pergi : 8 ogos 2010 ahad.
masa berkumpul : 7 pagi.
venue : akan diberitahu nanti.

konvoi akan balik hari. berminat nak join ??? call/sms segera saudara firdaus 013 4221246 untuk maklumat lanjut sebelum sabtu 7 ogos 2010.

jom !!! we ride only for charity....

Sunday, July 25, 2010

arc selangor lancar baju & logo peringkat negeri.

salam...

kepada ahli-ahli dan geng-geng alternative ridibg club selangor.....

jom !!! ke pelancaran baju & logo baru alternative riding club peringkat selangor. butiran nya adalah seperti berikut :

tarikh : 1 ogos 2010 ( ahad )
masa : 9.30 pagi
kumpul di : shell taman greenwood, gombak.

akan konvoi ramai-ramai ke lokasi ... apa2 hal call firdaus 013 4221246.

ok bro !!! jumpa sana.

pelancaran baju T & logo baru arc malaysia.

salam arc !!!

Alhamdulillah arc pusat dengan jayanya maju setapak lagi dalam dunia kelab bermotor iaitu pelancaran baju T & logo baru arc yg dikenali selepas ini sebagai alternative riding club malaysia.

pelancaran telah diadakan di setiu terengganu pada 23.7.2010 jumaat sempena jambori sulung alternative riding club malaysia.

telah dilancarkan oleh ustaz nasarudin hasan at tontowi, ketua dpp pusat.

layari : nooffside.blogspot.com

Tuesday, July 6, 2010

konvoi amal arc selangor ke ulu yam

salam arc !!!

alternative riding club selangor bakal menganjurkan satu aktiviti riadah.. konvoi amal ke ulu yam.

info seperti berikut :


tarikh- 18 julai 2010 ahad
bertolak pukul 8 pagi.
aktiviti yg dirancang adalah seperti gotong royong, mandi manda & layan lap sikit2...


yang berminat nak join ... hubungi firdaus 013 4221246


sekian.

Saturday, July 3, 2010

perkhemahan arc@trengganu.

salam arc.

kepada ahli-ahli kelab bermotor arc selangor di jemput ramai-ramai ke jambori arc peringkat negeri terengganu pada 22-24 julai 2010 ni di setiu, terengganu.

pelbagai program dan hadiah yang menarik menanti para peserta !!!!

jom.. konvoi ramai 2. maklumat lanjut boleh terus hubungi saudara hamizam 014 2602526 atau saudara firdaus 0122243244.

ok bro !! gerak dulu....

alternative riding club / we ride only for charity.

alternative riding club (arc) pusat &arc selangor gegar ampang !!

salam arc !!

Alhamdulillah, alternative riding club (arc) malaysia & arc selangor turun ke ampang pada 27 jun 2010 dalam siri menerjah golongan belia. pihak ampang telah berjaya mewujudkan kelab motor alternative riding club (arc) yang bakal menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat untuk para belia semua.

saudara yasir said, hamizam & rombongan turut hadir memberikan program penerangan & teknik-teknik selamat pemanduan berhemah kepada semua hadirin.

terus ke > nooffside.blogspot com

Thursday, May 6, 2010

Konvoi MAPIM-Viva GAZA 2010!!



Salam Sejahtera ke Atas Kamu Sekalian,

Kali ni ARC Selangor amat berbesar hati kerana dijemput untuk memeriahkan Konvoi MAPIM-Viva GAZA 2010!!. Kami mengalu-ngalukan seluruh ahli ARC Selangor untuk menyertai Konvoi ni.

Maklumat2 konvoi seperti berikut:

1. Anjuran : MAPIM (Majlis Permuafakan Islam Malaysia)
2. Tarikh : 8 Mei 2010
3. Checkpoint: Tol Klang, Kota Raja
4. Jam : 3.30 pm
5. Program : Konvoi ke Masjid Shah Alam - Konsert Palestina Di Stadium Melawati - Kutipan Derma Amal Palestina

Jom Hebahkan konvoi ini kepada geng2 korang!!

Selamat Berkonvoi

Wednesday, April 14, 2010

Latest!!!Konvoi Generasi Idaman Selangor!!!

Konvoi ARC menemui korang lagi!!
Kali ini kami ARC Selangor mendapat kerjasama penuh daripada Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr.Halimah untuk mengadakan konvoi Di Hulu Bernam.
PENDAFTARAN PESERTA SELEWAT-LEWATNYA PADA 16/04/2010. EMAILKAN NAMA PENUH, I.C NO DAN NO.NSET KORANG KEPADA : nurikhwan86@gmail.com
Check it out the details:

KONVOI JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR (GEMS)

TARIKH : 17/18 APRIL 2010 (SABTU/AHAD)
TEMPAT : SELURUH PARLIMEN HULU SELANGOR (DUN HULU BERNAM,
KUALA KUBU BHARU DAN BATANG KALI)
PENDAFTARAN PESERTA :
DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN HULU BERNAM
(1.5 KM DARI PLAZA TOL TANJUNG MALIM)
PENDAFTARAN BERMULA PETANG JUMAAT SEHINNGA MALAM
PENGINAPAN PESERTA :
PASIR PUTER RESORT (KALUMPANG), 5KM DARI HULU BERNAM
JUMAAT MALAM DAN SABTU MALAM
KEMUDAHAN :
  1. BAJU,TOPI DAN DUIT MINYAK DISEDIAKAN
  2. MAKANAN DAN MINUMAN SEPANJANG TEMPOH KONVOI DISEDIAKAN
TENTATATIF:
17 APRIL SABTU
8.00PG : BERKUMPUL DI DEWAN ORANG RAMAI HULU BERNAM
8.30PG : PENDAFTARAN/TAKLIMAT/SARAPAN
9.00PG : PERASMIAN OLEH MB SELANGOR/DR HALIMAH
9.30PG : PELEPASAN KONVOI OLEH MB SELANGOR/DR HALIMAH
10.00PG –
6.00 PTG : KONVOI
18 APRIL 2010
8.00 PG : Konvoi dari penginapan di Pasir Puteh Resort ke Mini Stadium Kuala Kubu
Bharu
8.30 PG : Sarapan
9.00PG : Perasmian Program SPIES Masyarakat oleh MB Selangor.
9.30PG : Bersurai.

Monday, April 5, 2010

KONVOI ARC KEMBALI LAGI!!!!


ARC Selangor kali ini mengajak semua ahli2 ARC dan semua Belia2 Selangor utk join konvoi Amal ARC ke Pahang. Kali ini Kuala Gandah sebagai destinasi pilihan. Korang boleh check lokasi tempat ni melalui google maps. Kami begitu berbangga kerana Konvoi kali ini mendapat sokongan padu daripada Jawatankuasa Masjid Felda Lakon dan Kelab Belia Temerloh.

Jom tengok dulu info konvoi ni:

Tarikh : 28/05/2010 (9Mlm) - 30/05/2010 (Petang)
Destinasi : Felda Lakon - Kuala Gandah (Elephant Sanctuary Centre) - Deerland (Lancang) - Lanchang Waterfall.
Stuff : Free Shirt!! Free Accommodation!! Feel Free!!

Sesiapa yang berminat, hubungi segera Firdaus 013-4221246 atau Ikhwan 013-3442190
Sebarkan pada member2 korang!!

Juga emailkan kepada nurikhwan86@gmail.com ( lagi senang dan cepat!!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails