Monday, August 16, 2010

berbuka bersama arc selangor 28 ogos !!!

salam,

jom ! alternative riding club (arc) selangor bersama dengan arc/dacs pjs akan menganjurkan program buka puasa bersama.. antara tujuan program ini bakal diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli arc dan mengambil keberkatan ramadhan, moga Allah menerima amal soleh kita. InsyaAllah.


berbuka bersama ini (iftor) adalah idea atau rancangan saudara firdaus (arc selangor) bersama dengan sahabat2 daripada arc kawasan-kawasan.


pelbagai aktiviti yang gempak telah diaturkan pada hari tersebut antaranya kita adakan BBQ peh!!nyam nyam... cabutan bertuah kepada yang bertuah, daftar ahli arc percuma dan macam-macam lagi...

InsyaAllah arc selangor cuba membawa saudara yasir said ( presiden arc malaysia ) bagi memeriahkan lagi program ini. sedikit info seperti berikut :

tarikh program : 28 / 8/ 2010 ( sabtu )
bermula jam : 6 petang - malam. ( kawan2 dari luar akan berkumpul di lokasi yang di beritahu nanti untuk kita berkonvoi masuk ke tempat program bersama)
venue : petaling jaya selatan (pjs)

diharapkan program berbuka puasa bersama ini berjalan dengan jayanya dan mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya dari pihak tuan rumah...

 dan arc selangor juga mengalu alukan kepada kawan-kawan untuk memberi sumbangan RM untuk melicinkan lagi program ini. Sangat besar ganjaran pahala menanti terutamanya dibulan ramadhan yang mulia ini...sumbangan boleh di masukkan ke akaun saudara firdaus > bank islam > 07-034-02-005737-0.

sms kat dia 013 4221246 jika dah masukkan sumbangan ikhlas tuan-tuan untuk permudahkan segala urusan.semoga Allah memberkati sumbangan kalian.. terima kasih !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails