Monday, November 21, 2011

TAHLIL DAN DOA SELAMAT UNTUK ARWAH MANTAN PENGARAH ARC SELANGOR

As Salam...

Tahlil dan Bacaan doa selamat untuk Allahyarham Sdr Firdaus Ibrahim - Mantan Pengarah ARC Selangor akan diadakan seperti berikut:

  1. Tarikh : 27 November 2011 (Ahad)
  2. Masa : Jam 5 Petang
  3. Tempat : Surau Taman Asa Jaya (Di dalam Sekolah Rendah Agama Integrasi Tmn Asa Jaya) Kajang, Selangor, Jalan Menuju Ke Semenyih. 
  4. Hubungi : Ikhwan (013-3442190) untuk sebarang pertanyaan.
Majlis ini juga untuk meraikan kejayaan anak sulung arwah yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Maahad Tahfiz beliau di Pulau Pinang.

Ayuh jemput semua gank2 ARC Selangor untuk menghadiri majlis ini.

Sebelum itu, sama- samalah kita sedekahkan bacaan Al- Fatihah kepada Arwah Sdr Firdaus Ibrahim

AL FATIHAH.

Wasalam...

AKHIRNYA GARUDA DIBAHAM HARIMAU MALAYA!!

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.


Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA!!!

Sunday, October 30, 2011

Tahniah Skuad Hobin Jang Hobin!!!


Tahniah Buat Skuoad  Negeri Sembilan berjaya menjadi juara Piala Malaysia 2011 apabila berjaya menewaskan Terengganu 2-1 . Negeri Sembilan telah ketinggalan 1- 0 pada mulanya sebelum dapat menyamakan kedudukan 1-1 ekoran tangkapan kurang kemas Sabrini Alawi....Fuuh, aku cam tak cayer, rase tak logik jer kesilapan camni pun bleh terjadi dalam perlawanan Final...Akhrinya pada minit ke-86 akhirnya N9 mengejutkan Terengganu dengan jaringan cantik yang dilakukan oleh Bekas Pemain Ganu,Hairuddin Omar.

Akhir Kata, tahniah buat kedua-dua pasukan kerana telah mempersembahkan pemainan yang berkualiti dan 'fair play' sepanjang tempoh perlawanan.

Kepada FAM, harga tiket RM 50 memang melampau mahalnya. Penyokong bola sepak kita ini bukan sumernya mampu dengan harga camtu. Lu FAM, xyah la jadik kudo tunggangang mano pihak yang bangsat dan tamak!! Jadi professional la. Kalo tak mampu, bagi orang lain yang lagi layak...

Tuesday, October 25, 2011

AYUH KE IJTIMA' TARBAWI 2011!!


Assalamualaikum....Salam ARC

Berjumpa lagi....
Tibalah masanya kita melengkapkan pengisian rohani dan jiwa sepanjang tahun ini dengan menghadiri IJTIMA' TARBAWI PUSAT 2011.

So, Jom kita ramai2 kita ke Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011. Ajak sekali sedara2, member2 untuk hadir ke ijtima' ini. Jom kita timba sebanyak mungkin ilmu dari ulamak2 tanah air kita.

Rugi korang tak hadir ke majlis ilmu ini. Di bawah adalah susunan perjalanan kita untuk ke ijtima nanti:

Jumaat:

6:oo petang : Ketibaan ARC dari seluruh Malaysia. Tempat Masjid Ridhuan (Ulu Kelang) dan Masjid Khairiah (Setapak). Pihak masjid setuju memberi penginapan kepada tetamu ARC. Makan minum ditanggung sendiri. Mohon ahli ARC menjaga adab2 ketika berada di masjid.

Sabtu:

5:45  pagi : Solat subuh berjemaah. Sarapan (peruntukan sendiri). Bersiap-siap ke tempat program.

9:oo pagi  : Bertolak ke tempat program ( KUIZM, Tmn Melewar). Dijangka seluruh ARC Selangor akan berkumpul (bagi yang tiba waktu pagi) di masjid dan bertolak beramai2.


Seterusnya ikutilah program yang telah diatur di sana. Ahli ARC boleh menginap di masjid sebentar tadi jika tidak mahu bermalaam di KUIZM. 

Saturday, October 15, 2011

JAMBORI ARC KEBANGSAAN GUNUNG JERAI 2011





30 - 2 OKTOBER 2011


Alhamdulillah syukur yang sangat-sangat pada Allah Taala kerana dengan izinNYA program jambori arc kebangsaan kali ke 2 di gunung jerai, kedah berjaya dianjurkan dan berjalan dalam keadaan yang sangat lancar.

sedikit laporan dan gambar untuk tatapan semua :


DAULAT TUANKU




KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails