SABAK BERNAM, 23 Disember 2011 – Telah berlangsungnya Karnival Hijrah selama tiga hari di Stadium Mini Sabak Bernam dengan pelbagai program menarik. Antara programnya ialah pada 23 Disember 2011, jam 9 malam di Stadium Mini Sabak Bernam, telah diadakan Forum Hijrah yang melibatkan Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai moderator, dan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Mohd Khir Johari. Sebelum forum tersebut bermula, Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid) telah membuat satu persembahan pembukaan. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan, penduduk Sabak Bernam tetap hadir untuk mengikuti Forum Hijrah tersebut.

Konsert Hijrah KAWAN, yang melibatkan barisan artis yang hebat, antaranya adalah Akhill Hayy, Dato’A.Samad Said, Ito, Ustaz Radzi (Melissa), Renggo (Arrow), Blank (Gamma) dan Azhan Atan. Konsert Hijrah KAWAN tersebut telah berlangsung pada jam 9 malam di Stadium Mini Sabak Bernam pada malam 24 Disember. Di akhir konsert tersebut, telah berlangsungnya satu majlis pelancaran Alternative Riding Club yang telah dirasmikan oleh En. A.Halim Ahmad Pengarah Department of Art Culture and Sport Malaysia.
Manakala pada 25 Disember 2011, telah berlangsungnya Forum Wanita, pada jam 3 petang, bertempat di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam. Forum Wanita tersebut telah menampilkan Dato’Sarimah Ahmad dan Waheeda sebagai tunggak utama. Pada malam harinya pula, telah diadakan Ceramah Perdana yang melibatkan YB Salehuddin, YB Dzulkifli Ahmad, YB Mariah Mahmud, YB Eng Sue Lim dan Ustaz Sallehen Mukhyi. Alhamdulillah, segala program yang dirancang untuk menjayakan Karnival Hijrah ini telah berjalan dengan lancar.
Untuk makluman, Nasyeed.com bertindak menyediakan sistem siaraya, pasukan produksi, dan rekaan untuk backdrop, banner dan bunting.
Berita Oleh : Sis Dania (Praktikum)
Foto Oleh: Bro Sufian

Program gotong-royong di Tebuk Pulai

Konvoi ARC (Alternative Riding Club)

Kemuncak program - Konsert Hijrah

Antara tetamu kehormat

Barisan artis yang membuat persembahan
Dari atas :: Blank Gamma, Renggo, Akhil Hayy & Ustaz Radzi Melissa


Deklamasi sajak oleh Dato' A.Samad Said

Persembahan mantap oleh Ito

Akhil Hayy yang sentiasa menghiburkan

Majlis Pelancaran ARC (Alternative Riding Club)


Persembahan penutup

dalam KAWAN... kami bertemu berkala..sembang santai, berkongsi ilmu, berbincang, makan-makan seperti satu keluarga besar. sangat santai dan bermanfaat. digalakkan ramai lagi golongan selebiriti akan sertai KAWAN.
![]() |
doa selepas pelancaran arc & kawan. |
![]() |
ramai-ramai nyannyikan lagu tema KAWAN |
![]() |
bersama tetamu jemputan |
![]() |
antara otai yang perform mlm tu..blank gamma. maintain lagi ooo |
![]() |
tgh set up booth arc |
No comments:
Post a Comment