Friday, January 27, 2012

Tahniah! Retreat ARC Selangor 2012


Tahniah! kepada Officer ( Pegawai / Kepimpinan ARC Selangor ) setelah berjaya di dalam program 2 hari Retreat Kempimpinan ARC Selangor (ARC Selangor Officer Retreat) yang diadakan di Resort Ibunda Puan Ainon Mohd ( Presiden Universiti Terbuka PTS) dan Ayahanda Proffessor Emiritius Abdullah ( Ex-DBP)

Retreat (hanya Kepimpinan sahaja yang terlibat) ini adalah yang pertama sekali diadakan sejak ARC Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007 , mengalami zaman kejatuhan.pada tahun 2008-2009 dan bangkit semula pada tahun 2010 , kemuncaknya ARC Selangor kembali Aktif dan mencatatkan pencapaian terbaik pada tahun 2011 , pada tahun 2011 ARC Selangor berjaya mencatatkan hampir 1,000 pendaftaran yang aktif , menubuhkan 11 cawangan baru , mengadakan Aktiviti 3 kali sebulan dan banyak mendapat jemputan mengadakan "safety riding" di sekolah,masjid dan institusi swasta.

Tahun 2012 , menyaksikan ARC Selangor memperkukuhkan organisasinya dengan menaiktaraf  kepada Organisasi Korporat dan menubuhkan ketua-ketua unit (Officer) yang pakar dalam bidang masing-masing

Retreat 2012 ini adalah untuk mencipta pelan perancangan, strategi dan takwim ARC Selangor sepanjang tahun.

Suasana yang meriah dalam kesederhanaan berjaya merapatkan lagi ukhwah sesama kepimpinan walaupun pelbagai ujian dan halangan yang melanda diantaranya ;

~ Bro Suhaimi yang sepatutnya bersama dengan konvoi kumpulan pertama mengalami kerosakan Filter ( SYM Scooter) pada malam sabtu 20.01.12 , keesokan paginya telah pun dibaiki , tetapi rosak semula ketika dalam perjalanan di Tol Lembah Pantai 

Bro Suhaimi - hadapan  ( Penolong Pengurus 1 ARC Selangor ) semasa menuruni gunung jerai sempena Jambori ARC Kebangsaan kali ke-2 baru-baru ini.

Terima kasih kepada Bro Faiz (Klang) , Bro Hamdan ( Sebak Bernam)  & Bro Farid ( PJS) yang datang membantu Operate Scooter Bro Suhaimi sehingga beliau selamat sampai di tapak retreat pada jam 6.00 petang.

Retreat ARC dimulakan dengan perjalanan Konvoi dari Petronas arah UIA Gombak , RV ( Rest Point) yang sepatutnya pada jam 9.00 malam dan dijangka bertolak pada jam 9.30 terpaksa ditunda dan bergerak pada jam 11.30 malam kerana cuaca hujan dan jalan penuh sesak di lembah Klang ( Cuti Umum hari raya cina & Sekatan JPJ di banyak Lokasi) , Namun Pelepasan Konvoi berjaya disempurnakan oleh Bro A.Halim ( Ketua Pengarah DACS Malaysia)


Konvoi Officer akhirnya tiba di lokasi retreat dan semuanya rehat setelah penat menempuh perjalanan ( penat menunggu) hahaha!


Retreat seperti biasa dimulakan dengan senaman Marshall & Sarapan pagi


Slot Pertama ialah Leadership Games!

Leadership Games Shark Attack : Officer buat bulatan dan ikut..Mat Rempit...DuduDuduDudu....
(nak cite pun payah..hanya yang hadir retreat yang tahu!)

~ Motifnya ARC tidak perlu layan karenah negatif orang luar , dan perlu mengambil cakna masalah mat rempit! 

Leadership Games 2 : Pertandingan Mengumpulkan buah rambutan terbanyak!
Geng Superbike dan Geng Kapcai bersedia menyahut cabaran!
Nasib baik ada rambutan Ibunda Puan Ainon
(Mana nak dicampakkan budak tu bro akem oii..haha)
jaga2 bro...ada sarang kerengge..hehe belasah je lah..
Keputusan muktamad Geng Kapcai menang dengan kelebihan 9 bijik rambutan!
Motif ~ Strategi kumpulan , Teknik & Taktik , Displin & Kerjasama

Leadership Games 3 : ShortcutPlan
Seperti biasa dibahaginakan kepada 2 kumpulan , kumpulan yang berjaya menangkap orang terakhir dari kumpulan lawan dikira menang dengan syarat tidak boleh lari dari jamaah!
Geng Superbike

Geng Kapcai..macam biasa ..cabar-mencabar untuk menaikkan semangat ahli-ahli pasukan masing2
Geng Kapcai mengatur strategi

Akhirnya geng Superbike Juara!
Geng kapcai sebenarnya berjaya menangkap ahli terakhir kumpulan superbike, tetapi keputusan kemenangan mereka dibatalkan kerana salah seorang ahli geng mereka telah terlepas dan lari dari jamaah!

Motif ~ Kita mahu mencari Mad'u dari kumpulan lain , namun kumpulan lain pun cuba mencuri mad'u kita , bagaimana kita mahu mempertahankan jamaah agar tiada ahli yang keluar dari jemaah kerana yang hanya ingin menyelamatkan diri sendiri tanpa mementingkan jemaah!

Barinstorming Dalam Sungai!
Semua Officer dikerahkan ke Sungai berdekatan untuk Sesi Brainstroming!
Jalan Ke Sungai


Diantara Mangsa2 yang kena siram!

Termasuk "Dia" Ni! hahaha
Sesi Brainstorming Bermula ( Nasib baek dudul dalam sungai ..kalo x ada yang terbakar nieh..)
Horey...!! Sesi Brainstorming Berjaya!
Balik makan nasik oii!

Diantara Slot-Slot Seterusnya,....

Klinik Golf untuk Persediaan " ARC Officer Challange 2013 " - Nebas rumput ke Bro? 




Prof Abdullah pun tak ketinggalan : Jurulatih Professional Saudara Adha sedang menurunkan ilmu!

Terbaik Prof! , Betul2 kat buah rambutan!

Pembentangan Kertas Kerja 1 : Pengurusan Teknikal & Perlumbaan Permotoran oleh Bro Awie








Kertas Kerja 2 : Forum Santai ~  Mat Rempit 
to be continue....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails