Tahniah! kepada Officer ( Pegawai / Kepimpinan ARC Selangor ) setelah berjaya di dalam program 2 hari Retreat Kempimpinan ARC Selangor (ARC Selangor Officer Retreat) yang diadakan di Resort Ibunda Puan Ainon Mohd ( Presiden Universiti Terbuka PTS) dan Ayahanda Proffessor Emiritius Abdullah ( Ex-DBP)
Retreat (hanya Kepimpinan sahaja yang terlibat) ini adalah yang pertama sekali diadakan sejak ARC Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007 , mengalami zaman kejatuhan.pada tahun 2008-2009 dan bangkit semula pada tahun 2010 , kemuncaknya ARC Selangor kembali Aktif dan mencatatkan pencapaian terbaik pada tahun 2011 , pada tahun 2011 ARC Selangor berjaya mencatatkan hampir 1,000 pendaftaran yang aktif , menubuhkan 11 cawangan baru , mengadakan Aktiviti 3 kali sebulan dan banyak mendapat jemputan mengadakan "safety riding" di sekolah,masjid dan institusi swasta.
Tahun 2012 , menyaksikan ARC Selangor memperkukuhkan organisasinya dengan menaiktaraf kepada Organisasi Korporat dan menubuhkan ketua-ketua unit (Officer) yang pakar dalam bidang masing-masing
Retreat 2012 ini adalah untuk mencipta pelan perancangan, strategi dan takwim ARC Selangor sepanjang tahun.
Suasana yang meriah dalam kesederhanaan berjaya merapatkan lagi ukhwah sesama kepimpinan walaupun pelbagai ujian dan halangan yang melanda diantaranya ;
~ Bro Suhaimi yang sepatutnya bersama dengan konvoi kumpulan pertama mengalami kerosakan Filter ( SYM Scooter) pada malam sabtu 20.01.12 , keesokan paginya telah pun dibaiki , tetapi rosak semula ketika dalam perjalanan di Tol Lembah Pantai
Bro Suhaimi - hadapan ( Penolong Pengurus 1 ARC Selangor ) semasa menuruni gunung jerai sempena Jambori ARC Kebangsaan kali ke-2 baru-baru ini.
Terima kasih kepada Bro Faiz (Klang) , Bro Hamdan ( Sebak Bernam) & Bro Farid ( PJS) yang datang membantu Operate Scooter Bro Suhaimi sehingga beliau selamat sampai di tapak retreat pada jam 6.00 petang.
Retreat ARC dimulakan dengan perjalanan Konvoi dari Petronas arah UIA Gombak , RV ( Rest Point) yang sepatutnya pada jam 9.00 malam dan dijangka bertolak pada jam 9.30 terpaksa ditunda dan bergerak pada jam 11.30 malam kerana cuaca hujan dan jalan penuh sesak di lembah Klang ( Cuti Umum hari raya cina & Sekatan JPJ di banyak Lokasi) , Namun Pelepasan Konvoi berjaya disempurnakan oleh Bro A.Halim ( Ketua Pengarah DACS Malaysia)
Konvoi Officer akhirnya tiba di lokasi retreat dan semuanya rehat setelah penat menempuh perjalanan ( penat menunggu) hahaha!