Saturday, March 17, 2012

Konvoi Motor Pemuda PAS Gombak


Alhamdulillah pada 17.03.2012 - Pemuda PAS Gombak dengan Kerjasama PKM Gombak Setia telah berjaya menganjurkan konvoi bermotor Anak-anak muda di kawasan tersebut ke Tapak reakreasi di Janda Baik Pahang.Konvoi ini diadakan untuk meraikan anak-anak muda yang berminat untuk berkonvoi sambil membawa syiar panji-panji gerakan islam PAS.Program ini membuktikkan bahawa pemuda PAS mengambil cakna semua minat golongan muda tanpa meminggirkan tujuan asal iaitu mendekatkan anak-anak muda dengan kehidupan islam yang syumul.

ARC Selangor telah bekerjasama dengan program ini dan menghantar khidmat 7 orang marshall bagi memudahkan pergerakan 80 orang peserta konvoi dan memastikan bahawa konvoi ini berjalan mengikut displin dan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan

ARC Selangor mengucapkan Tahniah atas kejayaan ARC Gombak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak diatas penganjuran program yanng meriah dan santai ini!






















































1 comment:

  1. Alhamdulillah Arc Gombak Telah Berjaya Melaksanakan Satu Lg Program Konvoi Dengan Kerjasama Pemuda N Pusat Khidmat.... Insyaallah Akan Berlaku Pertambahan Ahli Arc Gombak....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails