Sunday, October 30, 2011
Tahniah Skuad Hobin Jang Hobin!!!
Tahniah Buat Skuoad Negeri Sembilan berjaya menjadi juara Piala Malaysia 2011 apabila berjaya menewaskan Terengganu 2-1 . Negeri Sembilan telah ketinggalan 1- 0 pada mulanya sebelum dapat menyamakan kedudukan 1-1 ekoran tangkapan kurang kemas Sabrini Alawi....Fuuh, aku cam tak cayer, rase tak logik jer kesilapan camni pun bleh terjadi dalam perlawanan Final...Akhrinya pada minit ke-86 akhirnya N9 mengejutkan Terengganu dengan jaringan cantik yang dilakukan oleh Bekas Pemain Ganu,Hairuddin Omar.
Akhir Kata, tahniah buat kedua-dua pasukan kerana telah mempersembahkan pemainan yang berkualiti dan 'fair play' sepanjang tempoh perlawanan.
Kepada FAM, harga tiket RM 50 memang melampau mahalnya. Penyokong bola sepak kita ini bukan sumernya mampu dengan harga camtu. Lu FAM, xyah la jadik kudo tunggangang mano pihak yang bangsat dan tamak!! Jadi professional la. Kalo tak mampu, bagi orang lain yang lagi layak...
Labels:
Sport Centre
Tuesday, October 25, 2011
AYUH KE IJTIMA' TARBAWI 2011!!
Berjumpa lagi....
Tibalah masanya kita melengkapkan pengisian rohani dan jiwa sepanjang tahun ini dengan menghadiri IJTIMA' TARBAWI PUSAT 2011.
So, Jom kita ramai2 kita ke Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011. Ajak sekali sedara2, member2 untuk hadir ke ijtima' ini. Jom kita timba sebanyak mungkin ilmu dari ulamak2 tanah air kita.
Rugi korang tak hadir ke majlis ilmu ini. Di bawah adalah susunan perjalanan kita untuk ke ijtima nanti:
Jumaat:
6:oo petang : Ketibaan ARC dari seluruh Malaysia. Tempat Masjid Ridhuan (Ulu Kelang) dan Masjid Khairiah (Setapak). Pihak masjid setuju memberi penginapan kepada tetamu ARC. Makan minum ditanggung sendiri. Mohon ahli ARC menjaga adab2 ketika berada di masjid.
Sabtu:
5:45 pagi : Solat subuh berjemaah. Sarapan (peruntukan sendiri). Bersiap-siap ke tempat program.
9:oo pagi : Bertolak ke tempat program ( KUIZM, Tmn Melewar). Dijangka seluruh ARC Selangor akan berkumpul (bagi yang tiba waktu pagi) di masjid dan bertolak beramai2.
Labels:
Konvoi
Saturday, October 15, 2011
JAMBORI ARC KEBANGSAAN GUNUNG JERAI 2011
30 - 2 OKTOBER 2011
Alhamdulillah syukur yang sangat-sangat pada Allah Taala kerana dengan izinNYA program jambori arc kebangsaan kali ke 2 di gunung jerai, kedah berjaya dianjurkan dan berjalan dalam keadaan yang sangat lancar.
sedikit laporan dan gambar untuk tatapan semua :
Labels:
Jambori
DAULAT TUANKU
KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.
Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai
Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima
tahun, berakhir 20 September 1975.
Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang
di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat
tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November
1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958
selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom
dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42,
dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu
diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA
Labels:
SelangorNews
Saturday, November 13, 2010
Al Fatihah untuk as syahid firdaus ibrahim...
salam....
berita mengejutkan.... pada pagi 14.11.2010 bertempat di lebuhraya saga susur ke kajang satu kejadian kemalangan motor yang telah meragut nyawa saudara firdaus (ketua arc selangor).. almarhum dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai program Generasi idaman selangor GEMS satu hari suntuk di hulu langat batu 14. almarhum lead slot safety riding arc pada sebelah petang nya.
almarhum menunggang motor lc 135 bersama anak nya, Alhamdulillah anaknya selamat dan sekarang berada di hospital kajang. jenazah telah dibawa ke hospital serdang, bedah siasat, mandi, kafan dan solat di hospital berkenaan juga.
atas permintaan ibu bapa almarhum, jenazah dibawa terus ke penang untuk di semadikan....
kepada semua ahli arc seluruh malaysia, doakan lah semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan para syuhada. minta ampun kan segala kesalahan jika ada dan halal kan segala hutang atau sebagainya jika ada.
dacs selangor telah kehilangan seorang yang sangat komited dan ikhlas dalam menjayakan program2 permotoran dan menjadi cita-cita almarhum untuk menaikkan nama arc selangor tetapi Allah lebih menyayangi beliau !!!
semoga keluarga almarhum sabar atas ujian ini..
hidup mulia atau mati sebagai syuhada.
Al Fatihah.

Charity
Friday, November 12, 2010
Jom konvoi ke "Karnival ARC Hulu Langat !! "
Jom konvoi!
Pada: 13 November 2010 (Sabtu)
Berkumpul di Tol Batu 9 (menghala ke Kajang) pada jam 2.00 Petang.
Menuju ke tapak karnival di Padang Awam Batu 14 Hulu Langat..
Menuju ke tapak karnival di Padang Awam Batu 14 Hulu Langat..
Aktiviti yang dijalankan:
- Safety riding show.
- Autoshow (standard motor open).
- Tukar minyak hitam secara PERCUMA!!!
Yuran penyertaan adalah PERCUMA!!
Hadiah menarik menanti anda!Kepada ahli2 ARC dijemput sertai!
Saudara Yasir Said turut hadir!
Maklumat lanjut sila hubungi : 013 4221246 (Firdaus)
Saudara Yasir Said turut hadir!
Maklumat lanjut sila hubungi : 013 4221246 (Firdaus)
Labels:
ARC Hulu Langat
Tuesday, September 28, 2010
arc malaysia bakal berkonvoi ke motogp sepang.
salam arc..
Alternative riding club malaysia bakal mengadakan program tahunan sempena perlumbaan motogp superbike dunia di sepang pada 10.10.2010 nanti.
semua ahli arc negeri-negeri akan berhimpun dan bermalam di masjid al azim pandan indah kuala lumpur bermula 9.10.2010- 10.10.2010. pada kali ini kawasan pandan menjadi tuan rumah menyambut kedatangan para peserta konvoi.
kepada ahli-ahli arc selangor yang berminat untuk turut serta boleh hubungi terus saudara firdaus. ( arc selangor )
harap semua berjalan dengan lancar dan kepada yang datang dari jauh tu.. hati-hati menunggang motorsikal.. jangan nak racing plak !!!!.. ok jumpa lagi nanti..

Subscribe to:
Posts (Atom)