Wednesday, March 28, 2012

Sejarah Melupuskan Track Batu 3 kini diulang Tayang!


KAMI DIISKRIMINASI OLEH SISTEM KAPITALIS TAMAK! 


Pak Polisi, kami just nak bagitahu supaya tambah2lah anggota bertugas untuk malam Jumaat dan malam Sabtu/Minggu start dari April sampai hujung tahun.



Selalunya tiap2 tahun kami akan race di Sepang dalam Bikerz Cup (250cc below) dalam Malaysian Super Series (MSS). Tapi untuk tahun ni, CEO Sepang Circuit yang amat angkuh telah menamatkan race kami yang sudah lebih 5 tahun berjalan. Organiser kami, Encik Abol Ismail yang telah banyak menganjur dan mengumpul racer2 motor kecik ni dah diharamkan dari menghampiri SIC. Alasannya kerana dikatakan jadi ‘ulat tiket’ untuk MotoGP 2011. Alasan yang tak masuk akal langsung. Polis kat trek pun lepaskan dia waktu kejadian tanpa keraguan.


Kami racer2 motor kecik (kapcai/RXZ/Kips/NSR/LC etc) takde alternative lain selain berlumba dijalanraya. CEO SIC, Razlan ‘Pineapple Concert’ Razali ni memang takde hati perut. Motor kami dah diubahsuai untuk lumba di trek bukan di jalanraya. Dah beribu ringgit juga dihabiskan untuk motor supaya mendapat keputusan yang baik dalam perlumbaan. Semua ini di buat atas dasar cintakan ‘motorsports’. Mungkin juga kerana kami rakyat bawahan yang miskin dan tak mampu untuk membeli motor besar yang harganya melebihi sebuah kereta, kami di anak tirikan. Race yang melibatkan 600cc keatas masih boleh berjalan seperti biasa.

Selalunya race kami bermula pada April/May tapi malangnya tahun ini kami terpaksa race di jalanraya. Sepang Circuit hanya untuk orang kaya sahaja.

Oleh itu, sekali lagi pesanan untuk PDRM ‘See You On The Road!!!’

Ikhlas daripada,
RACERS for BIKERZ MAGAZINE CUP



Saturday, March 24, 2012

Jom Serbu Stadium Kuala Selangor


400 Pendaftaran Ahli ARC Paling Awal akan menerima kupon Servis Minyak Enjin Percuma - Pendaftaran Ahli ARC Juga PERCUMA!..dapat lagi Sticker Percuma...PERCUMA lagi goodies Bag...Cabutan Bertuah PERCUMA sebuah motosikal PERCUMA lagi 5 BUAH IPHONE 4..PERCUMA lagi 5 BUAH TAB! ~ SEMUANYA DITAJA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR ..hanya pada 25.03.2012 9am-6pm di Stadium Kuala Selangor!!!
TERIMA KASIH RAKYAT SELANGOR!
TERIMA KASIH SELANGORKU!


Thursday, March 22, 2012

Sidang Media ARC 1,000 Bike

Bangunan SUK Selangor - 12.45pm Satu sidang media khas telah pun berjaya dilaksanakan oleh pihak ARC Selangor bersama YB Yunus Exco Belia Negeri Selangor di Dewan Annex SUK Tengahari Tadi

Sidang media ini bertujuan untuk menghabahkan aktiviti yang akan dijalanan oleh SRC Selangor sempena Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor pada 25.03.2012

Diantara aktiviti yang akan diadakan ialah himpunan 1,000 anak muda bermotosikal , Servis minyak motor 4T Percuma , Mini Track ARC Selangor , ARC Street Music , Pendaftaran PERCUMA ahli ARC Selangor , Lucky Plate Number , Pro Rider Test , Pelancaran ARC Selangor & Selangor Moto Race.

Dijangkan 50,000 rakyat akan hadir pada program ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan ganjaran yang ditawarkan kepada seluruh rakyat negeri selangor

Pihak ARC Selangor mengharapkan sokongan kerajaan negeri berterusan dalam membela nasib golongan muda



Wednesday, March 21, 2012

Hadiah Penghargaan Untuk semua ARC Fans!


400 PENDAFTARAN AWAL AKAN DAPAT SERVICE MOTOR MINYAK 4T PERCUMA!!! ~ CABUTAN BERTUAH SEBIJI MOTOR & IPAD

Monday, March 19, 2012

ARC Track Day!

Saturday, March 17, 2012

Konvoi ARC Sabah mengiringi Tuan Guru Nik Aziz

17.03.12 Tawau - ARC Sabah ( Tawau) dengan Kerjasama Jabatan Amal Tawau berkonvoi menhiringi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat







Konvoi Motor Pemuda PAS Gombak


Alhamdulillah pada 17.03.2012 - Pemuda PAS Gombak dengan Kerjasama PKM Gombak Setia telah berjaya menganjurkan konvoi bermotor Anak-anak muda di kawasan tersebut ke Tapak reakreasi di Janda Baik Pahang.Konvoi ini diadakan untuk meraikan anak-anak muda yang berminat untuk berkonvoi sambil membawa syiar panji-panji gerakan islam PAS.Program ini membuktikkan bahawa pemuda PAS mengambil cakna semua minat golongan muda tanpa meminggirkan tujuan asal iaitu mendekatkan anak-anak muda dengan kehidupan islam yang syumul.

ARC Selangor telah bekerjasama dengan program ini dan menghantar khidmat 7 orang marshall bagi memudahkan pergerakan 80 orang peserta konvoi dan memastikan bahawa konvoi ini berjalan mengikut displin dan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan

ARC Selangor mengucapkan Tahniah atas kejayaan ARC Gombak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak diatas penganjuran program yanng meriah dan santai ini!






















































LinkWithin

Related Posts with Thumbnails